Saturday 18 February 2012

Mutiara Hati (VII)


HAKIKAT DUNIA

اعْلَمُوا أَنَّمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا لَعِبٌ وَلَهْوٌ وَزِينَةٌ وَتَفَاخُرٌ بَيْنَكُمْ وَتَكَاثُرٌ فِي الْأَمْوَالِ وَالْأَوْلَادِ ۖ

Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; ( Al Hadid: 20 )


ULASAN AYAT :

1.        Dunia tidak perlu membuat kita bersedih. Orang yang faham umur dunia itu singkat, harta dunia sedikit, dunia adalah tempat diuji, tempat musibah, dicerca, dihina, perlakuan dan perubahan dunia kepada penghuninya silih berganti, maka dia tidak sesekali akan bersedih tentang apa sahaja yang berhubungan dengan dunia.

2.        Apabila kita memahami hakikat kita dihidupkan di dunia ini, maka kita juga tidak akan mudah berputus asa dengan apa sahaja yang tidak diperolehi dari dunia walaupun sedikit. Musibah yang menimpa kita bukan pengakhiran segalanya, jika kita ditimpa musibah, bersabarlah kerana ALLAH pasti akan menunjukkan jalan keluarnya. Manakala kemewahan yang dihulurkan itu bukanlah penyudah dari segalanya hingga kita merasa tenang dan senang, bahkan ianya adalah suatu peringatan agar kita tidak lupa diri bahawa nikmat yang diperolehi di dunia ini hanya sedikit, ada lagi yang lebih bahagia iaitu apabila kita kembali diakhirat dengan mendapat Syurga ALLAH.

3.        Justeru, perbanyakkanlah bekalan kerana perjalanan kita amat jauh. Perbetulkanlah amalan kerana titian sirat itu amat halus. IKHLASKANLAH dalam beramal kerana PEMERHATI itu amat teliti. 

WALLAHU’ALAM

No comments:

Post a Comment