Sunday 12 February 2012

Mutiara Hati (III)


IBADAH MENDEKATKAN DIRI KEPADA ALLAH SWT & SEBAGAI UBAT KESUNYIAN



الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللَّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَىٰ جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَٰذَا بَاطِلًا سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Firman ALLAH SWT bermaksud : (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati ALLAH semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka. (Surah Ali-Imran ayat 191)

ULASAN AYAT :
 
1-        Jika kita merasa kesunyian, berzikirlah atau bersolatlah kerana disitu adalah hubungan utama kita dengan ALLAH SWT. Hubungan dengan ALLAH SWT lebih bersifat kerohanian kerana ia adalah berkaitan dengan ruh dan hati.
2-        Tatkala kita merasa sunyi tanpa hubungan dengan manusia, sunyi itu membawa kita lebih mengingati ALLAH SWT. Barangkali rasa sunyi itu petanda untuk kita lebih tunduk dan khusyuk kepada ALLAH SWT. Ketika itu, mintalah bantuan ALLAH SWT, pengampunanNya, RahmatNya, Kasih SayangNya, HidayahNya untuk memenuhi ruang hati kita sehingga kita benar-benar cinta kepada ALLAH SWT.
3-        Firman ALLAH SWT bermaksud : "Iaitu orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati ALLAH. Ingatlah, hanya dengan mengingati ALLAH sahajalah hati akan menjadi tenteram".(Surah Ar-Ra'd ayat 28). 

WALLAHUA’LAM.

No comments:

Post a Comment