Saturday 28 January 2012

My 6th Anniversary...Dah 6 tahun rupanya....

Alhamdulillah akhirnya pada tarikh 28 January 2012, genaplah usia perkahwinan umi 6 tahun.Sebenarnya umi tidak lah plan nak celebrate ke pape ke...Sebabnya tahun lepas tak sempat pun celebrate sebab macam-macam kekangan.Tetiba plak tahun ni rasa mcm excited lak nak celebrate.Ada pernah sekali tu umi celebrate dengan masak special resepi dan makan bersama.Tapi tahun ni rasa mcm malas nak masak2 lagi..Nak-nak pulak umi skang duduk di tempat yang banyak akses untuk pelbagai jenis restoran.Pilih sahaja nak yang segera ke,selera melayu ke, selera Siam ke semua boleh pilih.Tapi umi pilih kali ni untuk makan ala-ala chinese...hahahah...Makan steamboat je pun...mcm la pelik sgt kan??:-)

Apa yang umi nak plan ea?Pagi Rabu lepas umi saje risik-risik ngan ayah pasal tarikh Sabtu ni..Memula ayah puas gak dok memikir, maklum lah..orang lelaki ni bukan dia ingat sangat pun...Tapi nasib baiklah ayah tak ambil masa yang lama untuk recall tarikh tu.So bila dah dapat greenlight dari ayah, umi pun memulakan plan seterusnya.

Petang Khamis lepas kerja, umi terus p tempah kek.Sekarang kalau bab2 kek ni very sensitif.Umi nak cari kedai kek orang Islam @ Melayu buat jek...Kalau dulu umi ni main hentam semberono jek.hehehe.Bukan tak pernah dengar orang bercerita pasal kek2 selain dari made from Islam Malay ni memang ada letak ARAK.....tapi degil gak.Yang tu jugak yang sedap especially kek dari Secret Recipe...huhuhuh...Alhamdulillah,skang ni umi dah bertekad tak mau lagi sentuh kek2 sebegitu.Harap2 semangat umi ni terus kuat.Berbalik pada cerita tadi,selepas hampir 15 minit memilih jenis kek yang sesuai, umi pun terus tempah kek Chocolate moist yang memang umi pun minat.So ni lah hasilnya.....
Ermmmm nampak sedap sangat....



So pada hari Jumaat pulak umi p tempah makan steamboat lak.Di restoran umi pernah p makan sekali dulu.Ok la jugak makanan dia.Sri Affa Restoran , Kuantan.
Main entrace.

Set Steamboat yang disediakan.
So pada hari yang dirancang , kami sekeluarga pun bergerak ke Restoran berkenaan seusai Maghrib.Alhamdulillah orang masih belum ramai.Oleh kerana kami dah membuat tempahan dan sampai tepat pada waktunya so agak selesa sikit la untuk celebrate sebab orang tak ramai.

Acara yang biasa la, ambil gambar la..Dan untuk acara memotong kek kali ini kami memotong bersama anak-anak umi , Aisya dan Naufal sekali.hehehe..

Excited nya Aisya dan kek Anniversary kami
So selepas potong kek, baru la kami mula acara makan kami.Nyum..nyum...Jom joint sekali...hehehe.

Steamboat dengan 2 perasa sup dan tomyam
Ayah jek yang minat steamboat tomyam.Umi minat yang sup biasa ni.
Ni umi tgh tuang Chinese Tea
Ni kuah yang dah habis...hehehe

Apapun, menu kat restoran ni memang enak untuk dicuba...

Saturday 7 January 2012

Aktiviti Malam Minggu Umi

Entry ni umi saje je nak masukkan memandangkan macam dah lama blog ni tak update rasanya.Susah betul nak amik masa dok depan laptop ni nak update blog kalau di rumah especially...Dulu bagi alasan laptop selalu hubby umi guna.Dia dah belikan desktop untuk umi.Pun tak update2...Kadang-kadang dok bawak jugak laptop ni pergi balik opis...tetapi balik rumah tak jugak buat...Sian agaknya my hubby belikan pulak tab untuk wife dia...huhuhu...harapan nak update...awal2 waktu jek...lepas tu dah buat habit lama semula...malas nak update blog...huhuhu...

So ni baru nak start review semula dengan aktiviti hujung minggu umi.Kebetulan lak malam minggu ni ada pelancaran NightZoo di sini.So malam tu lepas maghrib kami bergerak ke Zoo Mini Teruntum.Tak la jauh pun..Dalam setengah jam jek dari rumah..Tapi bila kami sampai rupanya parking dah penuh.Tapi ok jugak la akhirnya dapat gak menyelit2 cari parking.Kebetulan pulak kami masuk jek acara perasmian baru nak bermula.


Persembahan pembukaan

Lepas tu ada pelbagai pertunjukkan yang memang menarik la.Ada acara nyanyian,pertunjukkan ular , sajak dan macam2 lagi la...Tapi yang paling menariknya semua orang bertumpu pada pertunjukkan aksi mencium ular la apa lagi...lepas tu pertunjukkan api.
Pertunjukkan Api


Acara Mencium Ular

Ayah dan anak-anak khusyuk melihat aksi ular
Sempat lagi kakak nak posing dekat maskot

Apapun majlis pada mlm itu memang menarik.

Wednesday 4 January 2012

Aisya Dah Masuk Tadika....

Sungguh cepat masa berlalu...Rasanya macam baru lagi umi rasa Aisya ni dilahirkan.Sekecil 2.6kg pada 6 October 2007.Tup tup tahun 2012 Aisya dah pun berumur 5 tahun.Dah pun masuk sekolah walaupun baru TADIKA.

So seperti budak-budak lain, Aisya pun excited bila nak mula masuk sekolah baru.Pagi-pagi pukul 6 pg , dia dah bangun.Tak tunggu lama terus mandi dan menyiapkan diri dengan baju sekolah barunya.Selesai bersiap, aktiviti rutin Aisya makan sarapan kegemarannya kalau tak Coco Crunch @ Honeystar dengan susu.

Baju baru Tadika Mutiara Aisya

Beg Sekolah Aisya

Selepas siap makan, dia akan terus rilex2 sementara tunggu umi siapkan si adik pula.Selepas siap semuanya dalam pukul 6.50 pagi baru bergerak ke sekolah nya.Sampai di TASKA adik, dia akan tunggu pula Van Taska untuk bawa dia ke Tadika nya.Sebenarnya Tadika dia ni adalah organisasi yang sama seperti Taskanya cuma location agak jauh sedikit.Jadi Taska menyediakan pengangkutan khas untuk membawa pelajar2 ke Tadika tepat pukul 8 pagi setiap hari.

Selepas tamat  kelas Tadika pada pukul 4.30 ptg, van Taska akan sekali lagi ambil dan bawa Aisya balik ke Taska semula untuk sesi aktiviti seterusnya sementara menunggu umi ambil dalam pukul 6.00 ptg.Dia memang seronok dengan aktiviti rutin barunya.Buat masa ini lah.Harap-harap sampai la hujung tahun.

Ini kerana tahun depan bila Aisya berumur 6 thn, umi dan ayah ada perancangan tersendiri untuk pelajaran dia.Insya allah....

Monday 2 January 2012

Anak Umi Ada Acute Bronchitis

Apa itu Acute bronchitis ea?Perkataan ni umi jumpa dalam surat refer untuk anak umi bila umi minta doktor klinik panel umi berbuat demikian.Waktu tu, doktor check keadaan Auza'ie Naufal yang sentiasa batuk-batuk dan muntah sejak dua tiga hari yang lalu.Kekadang kesian umi tengok keadaan dia bila tengah sedap-sedap makan makanan yang dia suka ( susu cthnya), tiba-tiba tersedak lalu muntah.Habis semua makanan yang dia makan tadi dimuntahkannya.Tu yang berat badan dia agak menyusut akhir-akhir ini.

Keadaan ini juga mendorong kami gagahkan diri juga berjumpa doktor pakar di Hospital Pakar Kuantan sabtu lalu.Mula-mula masuk, doktor Pakar Paed tu pandang kami senyum jek.Sejuk gak hati tengok gelagat doktor tu.Selepas tu doktor memeriksa keadaan Auza'ie , doktor pun mula mengeluarkan nota penerangan nya..hehehe..(Macam nak bagi kuliah dalam kelas je umi rasa...)



"Acute bronchitis describes the inflammation of the bronchi usually caused by a viral infection, although bacteria and chemicals also may cause acute bronchitis.
Bronchiolitis is a term that describes inflammation of the smaller bronchi referred to as bronchioles. In infants, this is usually caused by respiratory syncytial viruses (RSV), and affects the small bronchi and bronchioles more than the large. In adults, other viruses as well as some bacteria can cause bronchiolitis and often manifest as a persistent cough at times productive of small plugs of mucus.
Acute bronchitis is as mentioned above, is a cough that begins suddenly usually due to a viral infection involving the larger airways. Colds (also known as viral upper airway infections) often involve the throat (pharyngitis) and nasal passages, and at times the larynx (resulting in a diminished hoarse voice, also known as laryngitis). Symptoms can include a runny nose, nasal stuffiness, and sore throat. Croup usually occurs in infants and young children and involves the voice box and upper large airways (the trachea and large bronchi). " ( Dipetik dari www.medicinenet.com ).

So dipendekkan cerita , doktor kata ada banyak sebab anak umi ni terkena penyakit ni.Tetapi major cause adalah disebabkan history dalam famili.Famili tu termasuk umi, ayah, dan saudara-saudara terdahulu....Bila check2 history umi , umi memang ada allergy dari kecil iaitu pada kulit.Begitu juga ayah yang allergy pada seafood.Maka semua itu menjadi penyumbang utama kepada penyakit anak umi.

Pada mulanya umi bimbang juga keadaan anak umi ni tetapi setelah di cool down kan oleh doktor, lega la sikit.Kata Doktor pakar tu 70% daripada kanak-kanak yang datang kepadanya adalah masalah yang sama.Sememangnya allergy problem ini adalah sesuatu yang common especially pada masa sekarang.Setelah mendapat nasihat step by step dan ubat-ubatan yang perlu diambil oleh Auza'ie Naufal serta follow up treatment..

So..selepas consultation session , Auzaie kena go through untuk ambil ubat sejenis asap.Dalam 15 minute.Lepas tu terus ke bahagian farmasi untuk ambil bekalan ubatan dia..Mak aiii...waktu tengok listing ubat dia....7 jenis semuanya.Sekali dengan 2 jenis inhaler yang Auzaie kena sedut setiap 6 jam selama 6 bulan..ala..siannya anak umi...Mujurlah Auzaie pun tak banyak karenah nak makan ubat ni.Kalau selalu asal nampak botol ubat jek mula buat muka.Tapi ubat yang kali ni, bila dia nampak jek umi keluarkan stok ubat bila tiba waktunya, dia akan siap2 lay down badan dia atas peha umi.Ready untuk sedut ubat dari inhaler...

Selepas 3 hari treatement nampak nya kurang bunyi sikit nafasnya.Tapi umi still kena continue treatment ni until 6 mth.Tapi takpe..umi nak try jugak cara alternatif selain depend on modern medication.

Harapan umi semoga anak umi akan sihat seperti sediakala..insya allah....

Selamat Datang Tahun Baru 2012

Alhamdulillah...hari ini sudahpun masuk tahun ke2 umi bersama blog ni walaupun belum genap2...Tapi insya allah bak kata adik ipar umi...( dia pun sama2 kawan dalam blog ini ) akan cuba sebaik mungkin untuk mengekalkan blog ini sehingga anak2 umi besar...Semoga mereka jugak sempat melihat hasil yang umi mereka catatkan tentang mereka dari kecil.

Waktu ni umi tgh mencari idea nak mengarang isi blog ni di dalam bilik.Si anak berdua tu tengah asyik dengan rancangan kartun kegemaran mereka "boboiBoy"....Iskkk tak makan pun sanggup...

Tahun 2012 sudah berlalu sehari yang lalu..Apa azam teman2 semua ea?Apa azam umi tahun ni ea?Tengah dok rancang2 jugak tapi masih belum di perhalusi lagi...azam yang masih nampak macam angan2 la..hehehe..

Kalau tahun lepas azam umi untuk mengukuhkan kedudukan kewangan umi anak beranak..Pelbagai cara dah cuba dan alhamdullillah...menjadi juga akhirnya.Tu la orang selalu kata jika matlamat kita tu betul2 kita nak realisasikannya...maka ALLAH akan tunjukkan caranya juga..

Target umi last year nak ada sikit simpanan di bank sudahpun termakbul.simpanan berbentuk saham pun dah ada sikit..Simpanan berbentuk insurans juga sudah ada anak beranak,simpanan berbentuk tetap ( rumah ) pun dah ada..Emphhh..simpanan apa lagi ea??

Target umi untuk melangsaikan hutang piutang lapuk umi sejak bekerja di tempat lama pun umi dah dapat settlekan pada tahun 2011.Begitu juga dengan hutang lapuk suami umi.Semuanya dah beres lah...boleh lah umi menarik nafas lega.Begitu juga dengan suami.

So selamat tinggal tahun 2011....Semoga tahun 2012 ni umi boleh merancang suatu matlamat baru yang lebih realistik untuk keluarga kami.

Dok tenung2 anak umi yang hero ni..seronok tengok muka dia yang tenang tu bila tidur..Dah besar rupanya hero umi ni..Terasa teringin pulak nak pegang baby lagi...hehehe...Harap2 ni pun antara angan2 umi untuk tahun 2012.Kalau ianya menjadi kenyataan...alhamdulillah.....