Tuesday 14 February 2012

Mutiara Hati ( IV)


ALLAH TIDAK SIA-SIAKAN AMALAN KITA

فَاسْتَجَابَ لَهُمْ رَبُّهُمْ أَنِّي لَا أُضِيعُ عَمَلَ عَامِلٍ مِّنكُم مِّن ذَكَرٍ أَوْ أُنثَىٰ ۖ

Maka Tuhan mereka perkenankan doa mereka (dengan firmanNya): "Sesungguhnya Aku tidak akan sia-siakan amal orang-orang yang beramal dari kalangan kamu, sama ada lelaki atau perempuan,( Surah Ali Imran : 195 )

ULASAN AYAT :
1)        Sesungguhnya ALLAH sentiasa mendengar, memperkenan permintaan, menerima, membuka peluang dan ruang untuk hamba-hambaNya berbuat kebaikan, bahkan ALLAH pula menyediakan kepada kita imbuhan dan ganjaran yang begitu hebat dan besar.
 
2)        Apa yang telah dijanjikan kepada kita tidak kira lelaki atau perempuan dengan janji yang tiada perbezaan. Menerusi ayat ini, dapat diketahui bahawa antara lelaki dan perempuan mempunyai kedudukan yang sama. ALLAH akan memberi pahala mengikut kesungguhan hamba melakukan kebaikan. 

3)        Pahala dan ganjaran ALLAH tidak akan pernah habis dan susah untuk diberikan kepada kita, bahkan ALLAH tidak akan jemu untuk menilai, menerima, menanti kebaikan daripada hamba-hambaNya. Yang merasa susah dan jemu adalah diri kita sendiri. Beramal dan berkhidmatlah seketika usia masih ada, bersusah payah ketika di dunia dan insyaALLAH kita akan bersenang-senang di akhirat.

WALLAHUA’LAM.

No comments:

Post a Comment