Friday 25 November 2011

Post terakhir untuk tahun 1432

Salam semua kepada pembaca blogger.Hari ini adalah hari terakhir untuk tahun Hijrah 1432.Umi ada satu nota terbaik yang nak dikongsikan bersama rakan2 blog.Sama-samalah kita membaca dan memahaminya.Insya allah....

Apa yang ingin umi kongsikan pada rakan - rakan hari ini adalah perihal mengenal pasti adanya sumber babi @ khinzir di dalam perubatan yang kita ambil ,begitu juga dalam makanan kita.

Satu cara yang paling penting ialah dengan membaca label pada produk ubat tersebut.
Tapi... macam mana kita nak tahu kalau kita tak paham istilah-istilah sains yang sering digunakan pada label ubat?

Dalam Bahasa Melayu, perkataan Babi atau Khinzir jelas menggambarkan haiwan berkaki empat ini sama ada daging babi, bulu babi ataupun kulit babi. Tetapi di dalam bahasa Inggeris, kita mungkin terkeliru dengan pelbagai istilah yang digunakan untuk menggambarkan haiwan ini. Contohnya:

 1. Pork : Istilah yang digunakan untuk daging babi di dalam masakan.

 2. Swine : Istilah yang digunakan untuk keseluruhan kumpulan spesis babi.

 3. Pig : Istilah umum untuk seekor babi atau sebenarnya bermaksud babi muda, berat kurang 50kg.

 4. Hog : Istilah untuk babi dewasa, berat melebihi 50kg.

 5. Porcine : Istilah yang digunakan untuk sesuatu yang berkaitan atau berasal dari babi. Porcine sering digunakan di dalam bidang perubatan untuk menyatakan penggunaan sumber yang berasal dari babi.

 6. Boar : Babi liar

 7. Sow : Istilah untuk babi betina dewasa yang jarang digunakan.

 8. Sow Milk : Susu Babi

 dan ada pelbagai istilah lagi...

Daripada pelbagai istilah Bahasa Inggeris yang menggambarkan haiwan babi, istilah Porcine sering digunakan dalam bidang perubatan atau label ubat. Mungkin ramai orang Islam yang tidak mengetahui bahawa label yang bertulis "This product contain substance from porcine" bermaksud "Produk ini mengandungi bahan dari babi", atau label yang menyatakan "The source of gelatin capsule is porcine" bermaksud "Kapsul dari gelatin babi".












Manakala berkenaan isu makanan yang mengandungi unsur babi seperti lemak dan lain-lain: Benda ni dah lama tersimpan di dalam inbox email umi ni , antaranya adalah ;

1.E100,       2. E110,     3. E120,  4. E 140,   5. E141,  6. E153,   7. E160,   8. E161, 9. E210,

10. E213, 11. E214, 12. E216, 13. E234, 14. E252, 15. E270, 16. E280, 17. 300,

18. E301, 19. E325, 20. E326, 21. E327, 22. E334, 23. E335, 24. E336, 25. E337,

26. E422,    27. E430,   28. E431, 29. E432, 30. E433, 31. E434, 32. E435,

33. E436, 34. E440, 35. E441,  36. E470, 37. E471,  38,  E472, 39. E473,

40. E474,  41. E475, 42. E476-(ada terdiri daripada lemak babi dan lemak sayur), 43. E477,      

44. E478,   45. E481, 46. E482,

47. E483, 48. E491, 49.E492, 50. E493, 51. E494, 52. E495, 53. E542,

55. E570, 56. E572, 57. E631, 58. E635, 59. E904  , 60. E110


So kalau nak pergi beli makanan segera tu eloklah bawa benda ni boleh check sebelum beli. Biasanya banyak terdapat pada makanan seperti mee segera brand ape cubalah chek sendiri.
Dinasihatkan supaya  elakkan daripada membeli makanan segera...
Semoga penerangan-penerangan ini nanti dan apa yg diutarakan itu menjadi satu panduan buat kita dan para pembaca menelitinya.

Wallahualam....

Monday 21 November 2011

Mana adik Naufal???

Sebelum umi terlupa nak juga umi lakarkan kisah ini di sini.Malam tadi umi konon2 baru nak start dengar ceramah motivasi dari Penceramah kegemaran umi Prof Dr Muhaya.Baru jek beli Cd dia kelmarin..Tapi masuk je bilik,bukak laptop and masukkan CD ke dalam CD Drive..mata pun mula berat..Maklumlah keletihan melayan tetamu sejak 2 hari lepas masih belum hilang..hehehe
Ditambah lak dengan sejuknya air-cond dalam bilik tu..Umi pun cari port yang terbaik nak landing...

Oleh kerana nak kan privasi umi pun baringlah di katil single yang sepatutnya menjadi milik Jannah..Tapi Jannah lebih suka berkepit celah ketiak umi ketika tidur, so katil tu jadilah tempat permanent si ayah tidur kalau dia balik..hehehehe.

Baru je mula mendengar ceramah di track 1...mata yang dah sedia ngantuk ni mula terpejam...hehehe..Sebenarnya di sebelah umi tu si adik dah mula bergesel2..memberi signal nak didakap manja untuk tidurkan dia...Umi pun peluk adik..tak lama kemudian dengan umi dengan adik sekali terus terlena..Sedar2 CD umi dah habispun track ke3..hehehe..So selepas tutup laptop, umi pun renggangkan pelukan umi pada badan adik.Tengok dia pun terlentok keletihan tertidur..Umi tengok katil umi hanya ada Jannah yang terlentok,so umi bangun tinggalkan adik di katil bujang tu dan menyambung tidur di sebelah Jannah.

Sedar2 dalam pukul 3 pg,umi jeling ke katil bujang di sebelah , kosong....eh..eh..mana adik pergi??Ermmm pusing2..nampak Jannah je tidur sebelah umi dihujung katil umi.Eh mana adik ea??Umi pun mamai2 rasa kenapa tangan kanan umi mcm berat jek..Ermmm gosok2 lagi mata, toleh ke kanan, molek je hero umi ni tidur siap berdengkur lagi kat atas tangan kanan umi..Huh!!kat sini rupanya hero umi yang comel dan manja ni...ingat dah turun katil pergi mana tadi..Ntah,umi tak perasan bila masa dia turun dari katil single tu dan elok pula boleh naik ke katil yang umi tidur dan terus sambung tidur dia dengan siap berselimut comforter lagi..maklumlah sejuk air-cond....Emphhhh adik..adik....

Sepetang Di Pantai Sepat

Weekend yang lepas, umi tak p mana2..kebetulan lak akak ipar dr KL datang ke Kuantan kerana menghantar anak dia di kolej selepas tamat cuti semester.So bila orang dah ada kat rumah ni keje umi takde lain la..memasak..suka bila apa yang umi masak akan habis dimakan..heheheh...Penat memasak akan hilang bila tengok makanan yang dihidangkan tinggal pinggan kosong...

Selepas selesai makan tengahari mereka kami bawak pusing2 tengok ikan segar di Beserah.Lepas tu p la melepak di Pantai Sepat...dekat2 dengan rumah ni je.Umi bagi pilihan kat akak ipar nak p mandi kolam kat resort depan rumah tu ke nak mandi pantai.Anak buah nak main air laut..tak mau swim kat kolam renang.So ok lah tu...so Petang Sabtu tu kami pun menuju ke destinasi..

Pantai Sepat Yang Tenang
Kami sampai ke pantai pun tidak lah terlalu awal petang dan tak la terlalu lewat sangat.Dalam pukul 5.30 ptg, keadaan pantai agak redup.Angin yang bertiup fuhhh!!!!sedap rasanya.Suami kakak ipar pula excited tgk view pantai yang mendamaikan ini, tak lepas2 daripada kamera dan tripodnya.Klik sana,klik sini...huh...orang minat pada photografer....begitulah.
Paling seronok tengok gelagat anak2 umi dan anak buah dok main air.
Rombongan kami dengan bekalan.

Jannah asyik mengais pasir

Naufal dan aksinya.
Tiba masanya nak bagi mereka mandi laut.Memula umi ingat tak mau kasi Jannah dan Naufal mandi tapi dua beradik ni bila sebut nak p swim, excited betul...heheheh..Kebetulan pulak nak testing swimming trunk yang baru..Umi beli agak2 je tanpa mengukur badan mereka..Alhamdulillah,kedua2 muat je dengan mereka berdua..Naluri emak lah kata kan..heheheh

Sampai di sana, naufal pada mulanya menangis2 tak mau jejak kaki ke air laut.Puas lak ayah dia memujuk.Naufal ni muka jek nampak mcm brutal tapi manja...bak kata pepatah Maharaja Lawak tu...Muka jek garang..dalam hati ada taman...:-)

Dia ni memula nak berjalan2 di atas pantai dan melawan ombak yang lalu serta menghempas ke atas kaki dia.Tapi bila ombak tu pergi meninggalkan dia berdiri di situ dan makin tenggelam dek pasir yang terhakis mengikut ombak,mula rasa tak seimbang badan..Tu yang membuatkan Naufal mula menangis...Anak manja umi ni..hehehe
Naufal dan mula mesra dengan pantai ni
Bila Naufal dah start mesra alam dengan air laut dan ombak,hmmm payah pulak si ayah nak ajak naik semula ke daratan sampai hari dah mula gelap.Dia masih lagi syok mengulit pasir2 halus bersama kakaknya Jannah.
Naufal bersama abg sepupu ,Udin dan kakaknya Jannah
Seronoknya hero umi mengejar ombak....

Jannah sibuk mengajar Naufal main pasir.

Melayan anak punya pasal, sedar tak sedar hari dah mula gelap.Dek kerana si Naufal dan Jannah masih belum mau berganjak dari pantai, terpaksa la umi dan ayah mendokong kedua2 nya naik ke tepian.Kami pun beransur dr Pantai Sepat ketika jam menunjukkan pukul 7.00 ptg dengan janji akan dtg lagi ke situ bila ada masa nanti.

Thursday 17 November 2011

Teringinnya Nak Makan Fish Fillet

Sejak balik dari function Naufal & Jannah kat Hotel Vistana,umi teringat2 nak makan fillet ikan mcm kat hotel tu.

Malan tu antara makanan yang disaji kepada para ibu bapa yang umi tak leh lupa ialah Deep Fried Fish Fillet With Thai Sos...

Ermmm nyum..nyum...

Jenuh gak dok google kat internet cemana nak buat fish fillet..



Punyalah umi teringin nak makan, weekend baru ni sempat p shopping kat Giant,pusing nyer pusing kat area sejuk beku, akhirnya umi terjumpa lah Fish Fillet yang ready made..Apa lagi terus sambar la...hehehe.

So..tak sabar nak balik buat ni..berdasarkan resepi di bawah...(pun copy dr internet gak...)hehehe..

  • 2 keping isi ikan
  • 1 sudu mkn penuh tepung jagung
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu mkn minyak masak
  • sedikit kunyit dan garam
  • air secukupnya
  • minyak utk menggoreng
Cara-cara
  1. Campurkan semua bhn kecuali isi ikan dan adun hingga menjadi adunan seperti goreng pisang.
  2. Panaskan minyak dlm kuali,celupkan isi ikan didlm adunan tepung dan goreng secara deep fry.
  3. Goreng isi ikan sehingga kuning keemasan lalu angkat dan toskan.Hidangan ini enak di mkn dgn hidangan sampingan spt kentang goreng atau salad,selamat mencuba...


Tapi hasil yang umi masak lom leh tunjuk kat sini sbb tak buat lagi..hehehe..ptg ni baru nak try masak.Umi nak makan dengan thai sos mcm kat hotel hari tu..heheheh...
Nanti klu jadi resepi ni umi upload la gambar ye...heheheh

Anak Umi Naik Pentas.

Selasa 9/11/2011....

Majlis Penyampaian Hadiah & Hari Ibu Bapa bagi pelajar Taska Anakku Comel diadakan di Hotel Vistana,Kuantan.Umi siap amik cuti utk meraikan majlis si anak...


Almaklumlah ni tahun pertama anak2 kononnya dapat naik stage nak buat persembahan..Nak naik stage amik hadiah, Jannah cuma dapat no 4 dalam exam KAFA dia..

So umi cuma excited nak tgk dia naik pentas buat persembahan saja lah..Tambahan pulak si adik yang agak senyap bila di sekolah ni turut naik pentas.Jadinya umi suruh jugak ayah balik dari keje ( sbb ayahnya berada di luar daerah ) ptg tu.
So kiranya ayah dan umi mmg excited sungguh nak tgk performance anak.
Tajuk cerita Cinderella....



Masa yang ditunggu2 pun tiba.Jannah punya giliran untuk perform adalah yang ke-5.Umi dah standby di depan stage nak amik gambar.

Si adik pula, katanya memegang watak cendawan yang duduk di tepi pentas sahaja.Punyalah excited si adik pakai baju mengikut kaler tema yang diarahkan oleh taska.Dari rumah lagi ayah dah tanya adik nak berlakon apa ea mlm ni?Adik pun menjawab dengan selamba "nak adi awan..."..



Sampai masanya Jannah pun naik..ler..rupanya Jannah jd pelakon tambahan jek..Memakai costume bunga kudup yang duduk di tepi pentas..hehehe..Kelakar tul..Sebelum tu katanya Jannah adalah terdiri dalam golongan penari menyanyi lagu cinderella..Rupanya last minute watak Jannah ditukar kerana Jannah tak mau menari dengan budak lelaki.Pandai lak anak umi ni memilih watak.Si adik pulak,puas umi tunggu dia naik pentas namun sehingga persembahan habis,si adik tak muncul2.Frust juga lah umi rasa.




Rupanya selepas habis majlis, barulah umi tau yang si adik dah mengamuk di belakang pentas sebab tak nak pakai costume cendawan.:-)





Adik...adik...sampai mengamuk rupanya gara2 terkejut kena pakai costume cendawan.hehehee...
Apapun umi happy sangat tgk adik dan kakak aktif dengan aktiviti sekolah dia.Sampaikan kalau umi cuti pun still kena hantar kakak dan adik ke sekolah sebab mereka nak participate segala aktiviti Taska.

Wednesday 2 November 2011

Result KAFA...

Sejak aisya dok kat Taska ni perkembangan dia agak memberangsangkan...Daripada dia tak reti apa2 sampai skang banyak menda yang dia dah boleh belajar...Apa yang umi perasan anak dara umi ni mmg mudah mendengar kata.Apa yang kita ajar,cepat je dia ikut even yang kita buat...

Taska tempat dia pergi ni memang pack dgn aktiviti..Termasuklah kelas KAFA.Memang umi dah bg dia expose dari kecil dengan segala apa jua pun pelajaran.

So pada peperiksaan pertengahan lalu dia dapat no 7...
 Peperiksaan akhir tahun, Aisya dapat no 4....Alhamdulillah..Ada peningkatan...

Umi harap anak umi ni cerdas la hendaknya bila masuk sekolah nnt..Insya allah....