Saturday 31 December 2011

Kenangan Terakhir 2011

Ni adalah kenangan terakhir tahun 2011.Berkenaan anak hero umi.Dia ni agaknya memang di takdirkan kurang antibodi berbanding kakaknya.Kalau kakaknya dulu walaupun dia minum susu badan namun tak juga lama dek kerana bila dia berumur genap setahun 2 bulan , umi dah pun conceive pregnant pada si adik.Lalu atas nasihat emak, umi pun ceraikan susu badan dengan si kakak untuk memberi laluan pada si adik membesar dengan sempurna di dalam rahim umi.

Maka selepas 9 bulan 10 hari , si adik ni pun lahir ke dunia dan alhamdulillah sihat.Namun selepas dia berumur 9 bulan , tiba-tiba umi diarahkan bertukar kerja di luar daerah.Umi hanya boleh memilih antara dua samada berhenti kerja atau pun mengikut arahan pihak syarikat.Dek kerana kekangan hidup pada waktu itu umi kena la berkorban meninggalkan si anak berdua pada si ayah dan hanyalah berjumpa pada hujung minggu sahaja.

Memang lah suatu yang menyeksakan terpaksa meninggalkan anak jauh dari pandangan mata.Boleh dikatakan di awal proses meninggalkan mereka , hiba di hati tak boleh nak dikata apa lagi.Dan disebabkan perpisahan ini juga lah adik sudahpun tidak lagi menyusu badan umi.

Namun walaupun begitu, Allah kurniakan dia kebolehan untuk adapt perubahan dengan cepat.Dalam pada umi tinggalkan dia pada bulan pertama , dia dah pun bertatih tatih untuk berjalan.Umi balik pada weekend yang seterusnya umi tengok dia dah pun boleh berjalan jatuh.Weekend seterusnya dah pun mula belajar nak berlari.Akhirnya dia boleh berlari di usia 11 bulan..heheheh..Allah bagi dia kelebihan.

Namun dalam pada itu pula kesihatannya pula yang kurang konsisten.Acapkali demam.Pening kepala umi memikirkan keadaannya.Tu umi katakan tadi antibodinya tak seperti antibodi kakaknya.Pernah pada tahun itu juga umi ada mengadakan majlis kesyukuran sempena masuk ke rumah baru bersekali dengan sambutan hari jadinya yang pertama,sebelah petang usai majlis selesai kami terpaksa la pulak bekejar ke hospital kerana dia megalami demam dan cirit birit yang teruk.Dah kena tahan di wad.



Itu semua adalah kisah-kisah dulu.Apa yang umi nak coretkan di sini berkenaan adik ialah memang sejak dari kecil hingga kini demam nya memang selalu sangat.Akhirnya kelmarin ayah telah decide untuk bawa dia check up di hospital pakar setelah mendapat nasihat dari klinik biasa.Simptom2 asthma memang sudah nampak pada si adik..Acute bronkitis with URTI.Itu kata doktor di klinik panel kami.Lalu kami forwardkan hal ini kepada doktor pakar.

Namun alhamdulillah...memang dah la doktor tu pun doktor pakar, maka apa yang dikatanya itu sememangnya adalah seperti pakar la...Alhamdulillah..Auza'ie Naufal umi tidaklah sekritikal seperti apa yang umi dan ayah sangkakan.Selepas mendapat nasihat doktor, kami berpuas hati dan bersetuju untuk mengikut jadual perawatan seperti yang diberikan.Apa yang dikatakan sebagai allergy oleh doktor tu kepada anak umi..akan umi ceritakan di coretan tahun depan pulak...insya allah...

Monday 19 December 2011

Mari Belajar Bahasa Inggeris Dengan Noddy


Mungkin ada para sahabat di luar sana pernah melihat karektor kartun ini.Suatu masa dulu kita pernah lihat kartun "Make A Way For Noddy" di salah satu rangkaian TV di Malaysia ni.Tak lama selepas tu siri kartun ini dah tiada.Umi suka tengok kartun ni bukan apa sebab seingat umi siri kartun ini adalah antara yang pertama jenis ada buble2 ni..( Nak describe pun tak reti maklum lah tak mahir bab2 animasi grafik ni)..

Rupanya dalam tak diam selepas lama siri ni tak kelihatan di kaca tv,ada satu slot kartun ni yang dipublishkan sebagai satu siri belajar bahasa inggeris untuk kanak-kanak.Agaknya sebab kartun nya yang comel kot sebab tu ada siri animasi baru yang betul-betul memberi kesan bagi pembelajaran bahasa inggeris.
Umi kebetulan terjumpa program ni waktu hanging around kat satu shopping complex kat kampung husband dulu.Waktu tu pun umi belum pun ada anak lagi.tapi oleh kerana program ni menarik dan umi rasa sesuai untuk anak-anak umi ( bakal la..time tu..hehehe), so umi pun ambil la..

Memang benar bagus program ni.Bila dah ada anak2,sedari kecil, umi dedahkan mereka dengan CD visual.Umi suka sebab visual nya terang dan jelas jadi anak-anak umi sedari bayi memang suka menonton CD ini.


Apa yang menarik dalam CD ini adalah watak Noddy itu sendiri.Karya penulis terkenal, Enid Blyton yang menggambarkan watak budak lelaki kecil yang baik budi bahasanya, sukakan pengembaraan dan tinggal di Toyland bersama-sama dengan kawan-kawannya.

Imej Noddy yang penuh nilai-nilai murni, selamat dan tidak ganas berbanding kebanyakan watak kartun lain, menjadikan ia sebagai satu 'role model' yang cukup baik untuk kanak-kanak khususnya yang sedang membesar dan mula ingin belajar.

Di dalam pakej yang diterbitkan ini mengandungi koleksi bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang disampaikan secara dwibahasa dalam bahasa Inggeris dan Melayu.

Program ini menyasarkan kanak-kanak yang berumur antara dua hingga lapan tahun supaya pandai berbahasa inggeris melalui kaedah yang menyeronokkan, dengan memfokuskan kepada dunia kanak-kanak serta berasaskan kepada aktiviti yang sesuai untuk tahap mereka.

Mengikut kajian, enam tahun yang pertama dalam dunia kanak-kanak adalah masa yang terbaik untuk mereka belajar tentang tanggapan, nilai-nilai moral, muzik, komputer, pemikiran kreatif, bahasa, serta menulis dan membaca.

Hampir kesemua unsur-unsur penting ini wujud dalam pakej pembelajaran tersebut yang mengandungi 20 cakera padat video (VCD), 20 buku cerita ilustrasi, 20 buku mewarna, buku kosa kata, buku dan CD lagu, serta sebuah buku panduan program untuk ibu bapa dan guru.Itu yang umi tertarik sewaktu mula-mula diperkenalkan dengan Program ini.

Setiap VCD merupakan siri animasi komputer dengan cerita yang menyeronokkan tentang Noddy dan kawan-kawannya.

Anak-anak umi juga berpeluang melatih bahasa Inggeris mereka dengan berinteraksi dengan Dotty dan Spotty serta menyanyi lagu. 

Apa yang umi harapkan , program ni dapat lah memberi manfaat buat anak2 umi tu.Seminggu kalau tak tengok Noddy..aduhai....Si adik kalau dah dapat tengok Noddy, suruh tidur pun tak mahu...

Penangan Si Angry Birds...

Yang ini pulak penangan Games kartun terbaru Angry Birds Rio.Emphhh...Games ni sebenarnya dah lama wujud bagi pengguna I-phone (umi rasa la...).Sebab baru-baru ni ayah ada beri hadiah pada umi sempena bonusnya la..hehehe...Memula dulu janji nak bagi umi I-Pad..tetiba tak jadi plak.Maka pada satu malam tu sekembali ayah dari tempat kerja nya, terus dia tunjukkan umi Galaxy Tab nya ni.

Umi ni pulak jenis yang maleh nak bertanya banyak,apa yang orang bagi ambil je la kan...hehehe.So pada mulanya memang pening pun tak tau nak guna tab ni.Maklumlah..tak pernah terpikir nak guna tab ni.Jadi apa yang umi buat sekarang ialah setiap hari bukak tab untuk baca paper online..hehehe..

Suatu hari, ada member opis umi ni ambil tab umi and mula surfing- surfing apa yang patut.Lalu tiba-tiba dia bagi idea untuk download games yang terkini dan menarik ke dalam tab ni.Apa lagi umi ni..sejak dari hari itu bermula agenda bermain games dengan Angry Bird ini.Memang satu permainan yang menarik dan mencabar.


So umi pun dah asyik dok main games ni terlupa rupanya anak-anak umi ni pun belajar jugak main games ni sekiranya tab ni bukan di tangan umi.Anak-anak sekarang....tab,laptop,komputer jadi bahan mainan...hmmmm



Sekarang umi dah pun khatam permainan ni dan sejak dua menjak ni rupanya games ini dahpun diwarisi oleh hero umi si Naufal.Asal nampak saja tab tu , mesti dia akan menjerit2 nak kan ia...."Mi...nak angie bed....nak angie bed....".Kalau la dia dah start mintak tab tapi permintaan nya dihampakan oleh si umi, maka akan bergegarlah satu rumah dek jeritan jantan dia.Emphhhh....ni lah anak kan???

Upin Ipin ke Boboi Boy

Ini adalah antara siri kartun animasi yang tersohor di kalangan anak2 kita pada zaman sekarang.Jangan kata anak - anak umi tak minat.Bukan minat sahaja malah dah jadi 'hantu' kalau dapat tengok upin ipin ni..Kalau umi panggil pun apa di jawab nya ...'Kejap la umi....best citer ni...'...hmmmm anak...anak...

Sekarang ni bukan setakat Upin Ipin sahaja yang menjadi kegilaan anak-anak umi si Jannah dan Naufal ni...ada satu lagi kartun yang mereka suka tengok...

Boboi boy la plak....Isk....isk..isk..Jangankan kata anak-anak jek yang minat, malah mak ayah pun kadang-kadang tak ketinggalan nak tgk siri kartun ni...( macam apa yang umi baca dalam paper baru ni...siap ada parent request supaya TV3 tak ulang tayang siri kartun tu yang sama sebab anak dia dah jemu tengok episod yang sama )...heheheeh..dalam hati umi terbisik jugak..ni anak yang dah jemu tengok episod yang sama ke mak ayahnya????Hmmmm...

Dek kerana suka kan pada dua-dua siri kartun ni..sampaikan anak umi si Jannah ni dah leh buat perbezaan tagline kedua-dua siri kartun ni.Pernah sekali umi menegur si adik yang membuat nakal pada si kakak,
Begini ayat umi ; " adik...tak baik adik buat kakak macam ni.Kan kakak?
Terus saja kakak mengiyakan apa yang umi cakap tu.."Betul..betul..betul umi...eh macam Upin Ipin pulak kan umi....Tapi kalau Boboi plak apa ea umi???Terbaekkkk...atuk cakap kan umi...."Dia pun tersengih2...


Tu sebenarnya belum dikira lagi kalau dia menghafal dialog2 lain dalam cerita tu..pernah kelmarin umi nampak si kakak mundar mandir dalam rumah ( tak kirala dalam kereta pun..) sambil di telinga ada handphone.Nak tau apa ayat yang dia kata??"Iye..betul,saya tau...tapi...."..Siap si ayah boleh hafal berapa kali dia ( Si Jannah ) dok ulang phrase yang sama...

Ni la kalau kata pengaruh kartun di tv.Kadang-kadang umi tergelak sorang-sorang memerhatikan gelagat mereka..

Wednesday 14 December 2011

Auza'ie Naufal meragam lagi...

Malam tu anak umi buat perangai lagi...Kadang-kadang ragam si anak ni sukar nak diduga oleh umi.Tengah dia syok2 tgk tv, dia mula menggosok mata menandakan dia dah mengantuk.Baju di badan masih lagi baju ptg tadi selepas umi ambil dia di TASKA.

Memang sudah menjadi kebiasaan untuk anak-anak umi tu umi tukarkan baju tidur sebelum dia tidur.Si adik memang masih memakai pampers..so pampers perlu ditukar supaya tidaklah tilam tu berjeruk pagi esoknya...heheheh..

Si kakak kebiasaanya akan umi suruh shi shi ( kencing ) dulu sebelum tidur sebab dia dah tak pakai pampers lagi...(Emphhh tetapi kekadang terbabas gak si kakak tu...Nak2 kalau tidur dalam air-cond yang umi terlupa nak tutup pada tengah malam nya.)....heheheeh.

So tiba masanya untuk si adik menukar baju..Kali ini dia reject lagi baju yang umi pilih sebagai pakaian tidur dia malam tu...So untuk mengelakkan dia berguling memberontak , umi bagi peluang untuk dia memilih baju dia sendiri dari dalam locker.So dengan penuh bangga nya dia keluar bilik dengan sehelai kain samping raya nya baru-baru ni..So umi pun fahamlah dia nak pakai baju melayu la tu mlm ni.

Bila dapat pakai baju melayu yang dia suka tu, fuh...muka puas hati jek..tersengih jek anak bujang umi ni...

Perghhhh...lengkap dengan kain samping tu.
Akhirnya anak umi ni tido dengan lenanya sambil tersenyum...aduhai...

Sempat lagi nak tunjuk 'peace' depan kamera.

Ni la ragam 2 beradik ni sebelum tidur...

Percutian kali ke 2 ke BGRCC,Gambang

Kali ni kali kedua ke sini.Agak meriah sedikit klu sebelum ni umi p sekeluarga sahaja.Kali ni kami p beramai2 sebab temankan keluarga kakak ipar yang membawa anak2 berjalan cuti sekolah.

Memula ingat dah tak jadi nak ke sini kerana pada pagi sebelum bertolak kakak ipar dah bgtau maybe tak jadi pergi ke BGRCC...namun sebab hotel pun dah book, maka plan diteruskan jua.

Ahad pagi kami bertolak dalam pukul 10.30 pagi.Perjalanan dari rumah umi ke BGRCC hanyalah mengambil masa dalam 30 minit.

Bergambar di depan receiption Carribean Bay Apartment

Aksi anak umi yang mula2 sekali umi rasa kelakar nak tengok adalah semasa nak menunggu trem (kenderaan yang membawa kami ke taman tema air ) sampai...

Kakak yang berenang di atas lantai sebab tak sabar nak main dalam air.

Kemudian setelah selesai proses daftar masuk , umi kena siapkan anak2 umi pulak sebab masing2 tak sabar nak mandi kolam ni..

Aksi Jannah dan Auza'ie Naufal sebelum tukar baju
Aksi selepas menukar baju
Seronoknya kakak berenang di tengah kolam.
Ni sepupunya si Amar Sufi

Masih lagi berendam walaupun selepas pukul 3 ptg
Aksi berendam disambung pula di kolam di apartment/hotel selepas taman tema tutup.

Kami keluar dari taman selepas taman ditutup pada pukul 6.30 ptg.Sempat lagi balik dan sambung berendam di dalam kolam yang terletak di kawasan apartment.

Anak-anak umi ni kalau dengan kolam memang macam hantu....sampaikan malam tidur semasing merengek keletihan...

Apapun umi puas hati sebab anak2 gembira...

Alhamdulillah...

Akhirnya dapat jugak umi meluangkan masa untuk catatan pertama dalam bulan pertama Islam kita...

Sebenarnya umi nak memulakan coretan dari hari pertama bermulanya bulan namun dengan tak semena2 ada sahaja urusan yang terpaksa umi uruskan.Jadi tak sempatlah umi nak memulakan coretan...Blogging pulak bukan lah kerja full time umi..Siang busy di pejabat..Balik rumah berperang plak ngan anak2 yang dah makin membesar tu...Sedar2...mata umi akan terpejam bersekali dengan pejamnya mata hero dan heroin umi ni...So begitu lah hari2 yang berlalu sampai lah ke hari ini..

Minggu kedua kalendar bulan Hijrah, umi dilanda sedikit musibah..namun umi tetap bersyukur dan sedar bahawa ALLAH SWT masih sayangkan umi.Diberinya sedikit dugaan...Nak tengok sabar ke tak hambanya dalam mengharung dugaan yang diberikan olehNYA.

Alhamdulillah..umi tempuh dugaan dengan redha even boring dok rumah diberi cuti rehat yang panjang.Apa pun umi bernasib baik kerana anak2 dijaga oleh adik umi yang sekarang dok sekali.Maknanya selama umi sakit ni dia lah yang menguruskan anak2...Syukur ke hadratNYA...

Since semalam umi dah pun start bekerja seperti biasa...Insya allah klu tiada aral...umi akan cuba juga curi masa utk blogging sebelum tido...hehehehe...Sehari satu nota....