Sunday 13 May 2012

Pulau Langkawi - Hari Kedua (Part I)

Hari ni adalah hari kedua umi dan keluarga berada di Pulau Langkawi.Kami datang tanpa ada agenda yang tertentu pun.Memang saja nak bercuti dan pusing2 mengelilingi pulau je ( Walaupun tidak sepenuhnya ).

Umi yang excited sangat nak pergi pada hari ini sebab nak naik kereta kabel yang kononnya antara yang terhebat di Asia Tenggara.Pepagi lagi dah keluar dari tempat penginapan untuk ke Gunung Macincang .Usai habis sarapan pagi , kami pun bergerak.Dalam pukul 10 lebih gitu..Tapi hati rasa macam tak sedap pulak sebab cuaca pagi tu agak mendung..

Elok sahaja kami bergerak ke sana , hujan rintik2 mula turun.Dari kaki bukit sampai nak sampai ke atas.Di atas hujan mulai turun lebat..tapi hati ni kuat nak pergi jugak ke stesyen kereta kabel.Sesampai je di pintu masuk , ehmmmm...apa yang umi rasa betul2 terjadi..Kain rentang besar2 tulis stesyen kereta kabel 'under yearly maintenance'....Adushhhhh.....memang umi tensen giler..

Terpaksa la copy imej dari google jek...huhuhu

Kalau lah umi dapat naik kereta kabel ni..( dalam angan2 jek..)
Dah la memang tujuan utama datang ke Pulau Langkawi semata - mata nak naik kereta kabel jek....akhirnya kami sekeluarga turun lah semula ke pekan Kuah dengan 1001 rasa kecewa...ahaks....

So dek kerana hujan yang lebat tadi, kami pun turun ke Pekan Kuah.Tukar destinasi.Pelan berikutnya ialah ke Makam Mahsuri.Dekat je dengan tempat penginapan kami di Pondok Tok Senik.Sebaik kami sampai cuaca cerah la plak...panas terik,sempat la kami masuk tengok ke Makam Mahsuri dan juga sedikit perkampungan beliau di mana rumah-rumah asal masih lagi dijaga rapi.Ini termasuklah buaian dalam rumah mahsuri.Sempat juga anak-anak umi bergambar di sini.

Pintu masuk ke Kota Mahsuri



Buaian tinggalan Mahsuri.Sempat lagi mereka ni berposing...
Ni makam Mahsuri yang sempat kami jengah.

Friday 11 May 2012

Pulau Langkawi _ Hari Pertama

Hari yang ditunggu pun tiba.Umi transit di rumah adik ipar yang dekat sikit dengan airport.Kalau ikutkan tiket sepatutnya umi akan naik flight ni di LCC Terminal.Punya la gabra pada awalnya sebab member yang agak biasa naik flight bagitau flight tu nanti di Subang.

Tanya punya tanya, check punya check alhamdulillah akhirnya kami sampai juga ke Sepang.Ok..untuk makluman semua ea LCCT tu kat Sepang ye..bukan Subang k...


langkawi

Seawal pagi anak2 umi yang berdua ni dah excited bangun awal.Walaupun flight ke Langkawi pada pukul 12.00 thari tapi kami perlu pergi awal sebab nak transit2 dari banyak tempat...Umi ingatkan dari Seri Kembangan ke Sepang dekat rupanya punya la jauh.Kena transit lebih dari dua tempat...Pape pun terima masih la pada adik ipar sebab sanggup gak menghantar kami sampai ke Bandar Tasik Selatan walaupun pagi itu dia kena kerja.

Ok...Memula perjalanan kami kena menggunakan perkhidmatan komuter daripada Stesyen Komuter Bangi menuju ke Stesyen Bandar Tasik Selatan.Sempat juga umi snap gambar2 excited hero dan heroin umi ni pada perjalanan yang pertama.

Naufal siap bagi tanda 'peace' lagi..hikhikhik
Muka Jannah agak excited sebab nak naik tren komuter jap lagi ni..


Akhirnya sampai juga kami ke stesyen Komuter Bandar Tasik Selatan selepas hampir 15 minit perjalanan dari Bangi.Terus je kami menuju ke Stesyen ERL untuk ke LCCT sebab jam dah menunjukkan pukul 10 lebih.Cuak jugak takut2 terlepas flight yang umi dok mimpi2 sejak dua menjak ni.heheheh.

Jannah dengan si ayah di ERL Station.Tengah tunggu ERL la ni...

Naufal begitu teruja pertama kali naik tren..

Cantik la kakak....kata Naufal

Sempat lagi Jannah berposing
Umi ingatkan tren ERL ni sampai betul2 dalam LCCT..Rupanya hanya sampai kat Salak Tinggi jek.Kena lak naik shuttle bus sampai ke LCCT..Betul2 pengalaman yang mendebarkan sebab masih jauh perjalanan kami..huhuhu..Kami hanya sampai ke LCCT akhirnya dalam masa lagi satu jam nak berlepas.Memula ingat nak makan dulu tapi ayah kata sure tak sempat.Sebab nak check in saja dah ambil masa hampir sejam dan kena ada dalam balai berlepas setengah jam sebelum berlepas.

Tapi Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.Kami selamat masuk ke perut kapal terbang 15 min sebelum berlepas.

Cepat la ayah..umi..kapal terbang dah nak jalan...Jannah yang excited..tudung dah terbang..hehehe

Wah..merahnya....kata Naufal...Sempat lagi posing..heheheh




Pemandangan dari tempat duduk umi....

 Akhirnya dapat jugak umi merasa naik flight..huhuhu..pengalaman yang begitu mendebarkan sebelum dapat duduk dengan selesa di dalam flight ni..

Kita sambung pula dalam post yang lain pula yer....





Langkawi Island...Destinasi Kali Ini

Masa yang umi tunggu2 tiba juga...Dah confirm ambil seminggu cuti reserve hanya untuk bercuti di Langkawi..Hehehe..Punya lah bersemangat nak ke sana maklumlah selama hampir 5 tahun umi belajar di Utara semenanjung tak pernah pun merasa menjejak kaki ke sana...Selepas hampir 8 tahun bekerja, ini lah kali pertama dapat menjejakkan kaki ke Pulau Lagenda ini..



Dan yang paling mengujakan umi ialah pemergian kali ini pertama tama kali dalam hidup umi dapat terbang di awan biru..Umur dah nak cecah ke 40 tahun pun...kikiki..Dapat naik Air Asia...

Punya la excited nak bercuti ke utara dengan flight, tiket umi booking seawal 3 bulan sebelum berlepas..Kononnya nak tiket yang murah.Tapi bila dah book...mak aiii....apa yang murahnya..tambang sahaja kami 4 beranak almost RM1K....maklumlah termasuk segala cukai mukai...huhuhu..

Takpe la ..janji dapat gak naik flight....heheheh

Ok..Cerita pasal percutian kami anak beranak, akan umi sambung pada the next post...TUNGGU.....

Wednesday 9 May 2012

Langkawi -Hari Pertama ( Part II)

Selepas kami keluar je dari arrival hall kat Langkawi International Airport , 1st tempat yang kami tuju ialah kaunter rental car.Sebab kami pergi ke sana pun naik flight , so of course la takde kenderaan nak bergerak di sekitar Pulau Langkawi.

Memula umi dah ckp ngan ayah, cari la kereta idaman umi utk sewa sepanjang 4 hari 3 mlm di sana..Tp sayangnya , kereta tu baru sahaja di sewa orang.So dapat la ayah kereta idaman nya...Ford Fiesta...hehehe..ok lah tu..kereta pun masih baru, sewa pun berpatutan RM 75 sehari..ok lah tu...

Selesai urusan kereta sewa, umi amik lah package Island Hopping ( untuk mengelilingi beberapa pulau sekitar Pulau Langkawi ).Harga pun tidaklah mahal mana..Untuk trip hampir 4 jam baru berharga RM35 seorang...Kalau compare dgn menyusuri Sg Kuantan kat sini 2 jam rege dah RM 38 seorang...mahai betol kat sini...huhuhu..

Oklah..bila segala urusan selesai, kami pun bergerak meninggalkan airport ke tempat penginapan kami di Pondok Tok Senik.Sebelum masuk ke tempat penginapan, kena la isi perut dulu...hehehe

Restoran Siti Fatimah.Sedap gak makanan kat sini...




Ok,selesai urusan isi perut, tiba la masa kami untuk berehat sebentar sementara menunggu masa round2 pulau sebelah ptg nnt.

Opss ..lupa plak nak bgtau yang harga2 yang umi bgtau tadi tu harga bukan musim cuti sekolah...klu harga musim cuti sekolah , biasalah..mencanak2 la...hehehe

Ok sebelah petang plak, selepas jamak solat, kami pun keluar berjalan2 ambil angin ke Pekan Kuah.
Yang pertama sekali umi jejak ialah Dataran Helang.Mak aiii....besar betul helang kat sini..Punya la excited umi nak ambil gambar tp budak2 ni ( kakak dan abang ) lebih teruja nak main kejar2 di sekitar kawasan Dataran Helang saja..Tgk la gambar yang sempat umi masukkan.....

Abang buat aksi sendiri...penat nak pujuk suruh pandang kamera..

Thursday 12 April 2012

Ustaz Don Dan TV Al-Hijrah

Fenomena berkenaan Ustaz Don Daniyal ni dah lama melanda kehidupan umi sejak-sejak umi memilih Siaran TV Al-Hijrah sebagai saluran tetap utama untuk tv di rumah umi.



Memula terdengar nama Ustaz muda ni pun umi rasa bagai ada satu tarikan dengan dia.Daripada sumber2 member kata mmg Ustaz Don ni dijadikan ikon Ustaz muda bagi siaran sepenuhnya islam TV Al-Hijrah.First time tgk muka dia bila mula2 terbiasakan diri dengan channel Al-Hijrah,umi dah dapat rasakan aura Ustaz muda ni.Umi pun mula sampaikan berkenaan ustaz ni pada anak2 umi, Si Jannah dan Naufal.

Selepas dari itu mulalah kami menjadi penonton rasmi rancangan 30 Minit Ustaz Don setiap malam di TV Al-Hijrah.Kalau tak tgk satu malam rasa macam lain jek.

Yang seronoknya bukan umi sahaja yang excited dengan rancangan ini, malah hampir kesemua rancangan TV Al-Hijrah yang ada muka Ustaz Don, tapi kedua2 putra putri umi ni akan turut excited bila dapat tgk rancangan Ustaz ni.

Ustaz Don Daniyal & 30 Minit Ustaz Don


Naufal, hero umi yang makin nakal sekarang sudah mula petah bercakap dalam keadaan pelat.Tapi dia cukup kenal dengan Ustaz Don ni.Terdengar sahaj di telinga dia muzik intro untuk rancangan mahupun iklan yang menyiarkan Ustaz Don di TV Hijrah, dengan semangatnya dia berlari2 ke arah tv.Hanya untuk melihat rupa Ustaz itu.Hatta dia berada dalam bilik air pun, cepat sahaja dia akan mengarah ke tv.Dan dengan nada nyaring dia akan menjerit bagtau umi, " Umi..umi Utad Ton mi...."Gelagat dia memang akan buat umi ketawa.

Ni la gara2 Utad Ton Naufal....

Wednesday 29 February 2012

Solatlah Wahai Anakku


Lembutku kenang, kasihmu ibu, di dalam hatiku kini menanggung rindu, kau tabur kasih, seumur masa, bergema syahdu oh di dalam nadiku.
Begitu syahdu bait lirik lagu yang dipetik daripada sebuah filem yang diadaptasikan dari sebuah novel karya penulis Tere Liye yang telah mencapai tahap "best seller" di negara jiran kita. Bukanlah tujuan saya untuk membuat promosi atau iklan untuk hasil seni orang lain. Apa yang ingin dikongsikan dalam ruangan kali ini ialah mesej yang dapat dirungkai daripada filem berkenaan iaitu kepentingan solat. Solat adalah tanggungjawab penting bagi setiap insan dan merupakan perkara pertama yang akan dihisab. Soalan yang berlegar-legar, apakah betul solat kita, apakah diterima oleh Allah? Semoga Allah menerima solat kita semua, Insya Allah, Amiin.
Berbalik kepada topik asal, melatih anak- anak untuk memulakan solat seawal 5 tahun bukanlah sesuatu yang mudah. Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam  menyarankan kita melakukan tarbiah solat kepada anak dengan cara yang berhikmah. Anak yang telah sampai umur 7 tahun jika mumayyiz (tahu membezakan antara perkara baik dan buruk), disuruh atas dasar sunnah mendirikan solat.Jika mereka telah berumur 10 tahun, wajiblah diperintahkan mereka mendirikan solat. Dibolehkan untuk  memukul (dengan niat mendidik)  jika mereka enggan mendirikannya.
Berdasarkan pengalaman sendiri, cara pemaksaan dilihat tidak efektif kerana tiadanya nilai ikhlas menerusi modus operandi ini. Mereka mungkin akan melakukannya, tetapi dengan rasa marah dan tidak sabar. Kekangan masa kadang-kadang melalaikan kita untuk memantau amali solat yang dilakukan oleh anak-anak. Apa yang menarik, ada di kalangan anak-anak yang terbiasa melihat ibu bapanya solat, secara tiba-tiba akan menuruti gerak solat seperti mengangkat takbiratul ihram, rukuk atau sujud.

Adakalanya penulis tersenyum sendiri taktala mengingatkan bagaimana almarhumah bonda mengajar dan seterusnya menjelaskan bahawa solat itu kewajipan yang teramat penting. Penting untuk menjaga diri semasa dunia dan membantu diri di akhirat kelak. Analogi bahawa diri ini terdiri daripada elemen rohani (amalan) dan jasmani (fizikal/jasad) memerlukan makanannya setiap hari. Sekiranya tidak solat mahupun melakukan kebaikan, ternyata rohani dalam keadaan lemah. Berbanding jasmani yang beroleh makanan setiap hari melalui rutin makan minum, rohani memerlukan ketaatan dalam beribadah secara konsisten. Alhamdulillah, cara ini amat efektif buat diri penulis dan cuba diturunkan kepada anak-anak sendiri.
Berbalik kepada novel dan filem yang disebutkan di atas, secara peribadi, saya merumuskan mesej yang diketengahkan ialah solat adalah kewajipan yang mesti didahulukan, merentasi segala perkara. Justeru, pemahaman tentang semua elemen di dalam solat seperti rukunnya, bacaan, praktikal serta perkara berkaitan sah dan batalnya perlu diambil perhatian khusus. Kita biasa mendengar, solat tiang agama. Ya, ianya berdasarkan Hadith Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam yang berbunyi:
"Solat itu ialah tiang agama, maka barang siapa yang mendirikannya maka sungguh dia telah menegakkan agama, dan barang siapa yang meninggalkannya sungguh mereka telah meruntuhkan agama."
(Hadith Riwayat Bukhari daripada Umar Radiallahu 'Anhu).
Kepentingan Solat
Solat merupakan ibadat yang disyariatkan dalam Islam.
Allah berfirman dalam ayat 72, Surah Al-An'aam yang bermaksud: Dan (diperintahkan):
Hendaklah kamu mengerjakan sembahyang dan bertaqwa kepadaNya, dan Dia lah Tuhan yang kepadaNya kamu akan dihimpunkan (pada hari akhirat kelak). Ibadat solat merupakan amalan pertama yang akan dihisab di Akhirat nanti.
Analoginya, setelah menjalani peperiksaan penting, debaran menunggu keputusan pencapaian adalah satu saat yang mendebarkan. Begitu juga solat, apakah memenuhi skema yang diredhai Allah?Jadi, tidaklah pelik jikalau solat wajib dipupuk sejak kecil lagi, bukan ketika sudah mencapai usia akil baligh. Amat menyedihkan juga, jika kita lebih menitikberatkan pendidikan yang lebih bersifat duniawi. Sebagai ibubapa yang bijak, kita seharusnya tahu memastikan keseimbangan dunia dan akhirat buat anak-anak kita seperti yang dinyatakan oleh Allah dalam Surah Al-Qasas, ayat 77  yang bermaksud:
"Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah); dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan ".
Seterusnya, solat adalah penangkis terhadap segala anasir-anasir negatif yang boleh membawa kepada keburukan.
Allah berfirman dalam Surah Al-Ankabuut, ayat 45 yang bermaksud:
"Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan".
Kesan solat yang sempurna dapat dilihat daripada ketenangan jiwa, sifat zuhud dan sabar dalam kehidupan harian. Mungkin kadangkala kita dapati ada orang yang masih melakukan maksiat dan perkara buruk walaupun taat dalam ibadat solatnya. Dalam konteks ini, memahami konsep solat secara mendalam yang membawa kepada kekusyukan dan tawaduk merupakan elemen penting yang perlu diutamakan. Solat bukan sekadar rukuk dan sujud tetapi lebih dari itu.

Solat yang berkesan menjadikan sesorang itu fokus dalam pengibadatannya dan segala apa yang berlaku di sekelilingnya tidak didengari. Ini kerana seluruh jiwanya dibulatkan untuk solat dan kesannya terlihat pada keluhuran peribadi seseorang itu.
Menerusi solat, pelbagai jati diri positif diterap seperti taat, sabar, ikhlas, muhasabah dan banyak lagi. Sifat taat seorang hamba terhadap perintah Penciptanya. Solat fardhu merupakan ibadah yang ditentukan waktunya bagi setiap seseorang yang mukallaf. Justeru, kita dapat melihat sesetengah orang mengingkari kewajipan solat tanpa alasan yang dibenarkan oleh Syar'ie.
Leka melakukan kerja-kerja rumah, menonton televisyen, berbual-bual kosong merupakan sebab-sebab biasa yang boleh kita perhati apabila seseorang itu sewenang-wenangnya mengingkari solat. Melewat-lewat atau meremehkan solat juga tidak digalakkan dalam Islam kerana sifat taat setiap hamba diuji di sini. Allah berfirman dalam Surah Al-Baqarah, ayat 238 yang bermaksud:
"Peliharalah kamu (kerjakanlah dengan tetap dan sempurna pada waktunya) segala sembahyang fardu, khasnya sembahyang Wusta (sembahyang Asar), dan berdirilah kerana Allah (dalam sembahyang kamu) dengan taat dan khusyuk".
Solatlah Wahai Anakku
Bekalan terbaik buat seorang Muslim setelah meninggalkan alam fana ini ialah amalnya. Dari Abu Hurairah Radiallah 'Anhu, bahawa sesungguhnya Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam telah bersabda :
"Apabila mati anak Adam maka terputuslah amalannya kecuali tiga, sedekah jariah, ilmu yang dimanafaatkan dan anak yang soleh yang mendoakannya untuknya."
(Hadith Riwayat Bukhari).
Doa pastinya datang dari segala ibadah terutamanya solat. Ayuh kita perbaiki diri sendiri, keluarga dan seterusnya menyebarkannya kepada masyarakat. Saya melihat kepentingan solat yang wajib kita terapkan kepada anak-anak kita. Semoga kita dijauhkan dari golongan yang rugi di sisi Allah, di dunia dan lebih-lebih lagi di Akhirat kelak. ~Wallahu A'lam~



Saturday 25 February 2012

Nama Bayi-bayi Islam yang baik,buruk dan melucukan


Kebiasaannya, sebelum seseorang anak lahir ke dunia, ibu dan bapa sudah berkira-kira untuk mencari nama yang sesuai untuk anak yang tersayang.
Mencari nama yang baik bukan untuk mendapat pujian.
Atau untuk melambangkan status sosial dan seumpamanya.
Tetapi ia adalah satu ibadah yang dituntut oleh agama.
Abu Dawud telah meriwayatkan dari Abu Darda' RA. katanya, Rasulullah SAW bersabda:
"Sesungguhnya kamu semua akan dipanggil dengan nama-nama kamu dan nama-nama bapa kamu pada Hari Kiamat, maka perelokkanlah nama-nama kamu."
Memperelokkan nama bermaksud memilih nama yang selari dengan tuntutan Islam.
Memilih nama perlu ada tujuan.
Bukan sekadar untuk memudahkan panggil atau untuk menggabungkan nama ibu dan bapa serta datuk-datuk dan nenek-nenek, bahkan ia berkaitan dengan soal pembentukan peribadi anak itu.
Bukankah panggilan itu mengandungi doa?
Setiap orang yang memangilnya, dikira membuat doa untuknya.
Jika seorang anak itu namanya 'Mujahid' yang bermaksud seorang pejuang atau orang yang berjihad, setiap orang akan memanggilnya dengan gelaran pejuang.
Secara tidak langsung dia didoakan untuk menjadi pejuang pada jalan Allah SWT.
Sebaliknya jika seorang itu dinamakan dengan nama 'Hazan' yang bermaksud berdukacita, setiap orang akan memanggilnya sebagai seorang yang sedang sedih dan berdukacita.
Secara tidak langsung pangilan demi panggilan itu boleh memberikan kesan kepadanya.
Nama Yang Tidak Baik
Malangnya hari ini, terdapat segelintir masyarakat yang kurang mengambil berat soal nama. Ada yang memilih nama yang kelihatan indah tetapi hakikatnya tidak mempunyai apa-apa erti, atau lebih malang lagi ia membawa erti yang negatif.
Mereka suka nama-nama yang nampak moden seperti Natasya, Zana, Susan, Hyfa, Dayanty atau seumpamanya.
Lebih menyedihkan lagi, jika nama-nama itu ditiru atau diambil nama-nama orang kafir.
Ada juga yang menggabungjalin nama ibu dan bapa.
Mereka lakukan tanpa mengambil kira maksud gabungan perkataan itu .
Contohnya, ibu yang bernama Safrina dan bapa bernama Ihsan, anaknya diberi nama Safih Insan, yang bermakna 'Manusia yang Bodoh'.
Kadang-kadang nama yang digabungkan itu menjadi panjang tanpa sebarang erti seperti Nor Sajamifulah Niruszam atau seumpamanya.
Terdapat dikalangan ibu bapa yang cuba memberikan nama yang baik tetapi mereka tersilap langkah, contohnya meletakkan perkataan Abdul atau lebih tepatnya 'Abd yang membawa maksud Hamba dengan perkataan lain selain nama-nama Allah seperti Abdul Muhammad, dan Abdul Musa.
Ada juga yang silap dengan hanya meletakkan perkataan Abdul untuk anaknya.
Jika mahu ringkas mereka sebenarnya boleh menggunakan nama Abduh yang bermaksud Hamba-Nya.
Kadang-kadang terdapat ibu bapa yang mahu menggunakan kreativiti dengan menamakan anaknya sempena sesuatu peristiwa atau tempat sehingga menjadi janggal seperti Mohd Felda, Nor Malaysia, Saiful Johori, Mohd Toyota, Siti Sukom dan seumpamanya.
Mereka sebenarnya menjadikan anak-anak mereka mangsa ejekan sepanjang hayat.
Jika bapa tersilap memilih nama, maka sewajarnya dia berusaha agar nama itu ditukar kepada nama yang lain.
Rasulullah SAW pernah bertindak menukar nama seseorang dengan nama yang lebih baik.
Al-Termizi dan Ibnu Majah meriwayatkan daripada Ibnu Umar RA bahawa Sayyidina Umar bin Al-Khattab RA mempunyai seorang anak perempuan namanya 'Aashiah (Penderhaka), maka Rasulullah SAW menukarkan namanya menjadi Jamilah (Yang Cantik).
Sebaik-baiknya para bapa merujuk kepada para ilmuan atau sekurang-kurangnya membelek buku-buku panduan sebelum memilih nama yang sesuai untuk anak.
Ingatlah bahawa nama itu adalah identiti terpenting bagi seseorang manusia.
Kesan pemberian nama itu bukan terhenti setakat di dunia sahaja bahkan melarat sehingga ke akhirat.
Oleh itu, menjadi kemestian kepada para bapa untuk memilih nama yang baik-baik.
Nama Yang Baik
Rasullullah SAW menganjurkan agar anak-anak dinamakan dengan nama-nama yang mempunyai maksud baik atau dinisbahkan kepada orang yang baik.
Bapa-bapa boleh memilih nama-nama Rasul seperti Hud, Nuh, Ilyasak dan lain-lain; atau nama para sahabat seperti Mus'ab, Mu'az, Talhah, Zubair, Handzalah dan lain-lain; atau nama para 'ulama' seperti As Syafie, Al Bukhari, As Subki, Al Andalusi, Al Tabari, Al Nakhai'i, Al Zamakhsyari, Ibnu Qayyim, Ibn Taimiyyah, Al 'Izz dan lain-lain.
Mudah-mudahan anak itu, dapat menghayati kehebatan tokoh-tokoh silam lantas menjadikannya sebagai ikutan.
Antara nama yang afdhal ialah nama yang dinisbahkan kepada nama Allah, tetapi dimulai dengan kalimah 'Abd.
Nama-nama Abdullah, Abdul Quddus, Abdul Jabbar, Abdul Qahhar, Abdul Fattah, Abdul Mu'izz dan lain-lain adalah contoh bagi kategori ini.
Di samping itu para bapa digalakkan memilih nama-nama yang mempunyai nama indah dan seboleh-bolehnya tepat dengan nahu Arab.
Contohnya nama Saif bermakna pedang, tetapi nama Saiful tidak mempunyai apa-apa makna kecuali jika disandarkan kepada perkataan lain seperti Saiful Islam yang bermaksud Pedang Islam.
Sebaik-baiknya juga nama yang dipilih itu menepati kesesuaian jantinanya.
Kesimpulannya, ibu bapa yang akan menyambut bayi perlu membuat persediaan awal sebelum tiba masa kelahiran.
Persediaan seperti, membanyakkan bacaan al-Quran, berzikir dan bertafakur serta mencari nama yang sesuai untuk anak perlu diutamakan.
Sebagai pendidik, ibu dan bapa tidak boleh mengambil lewa soal-soal ini.
Ingatlah, apa yang disemai hari ini, itulah yang akan dituai esok hari.