Wednesday 27 July 2011

Umi dah Confirm

Alhamdulillah...setelah melalui perit jerih di syarikat lama, kini umi tekad berubah untuk mencari rezeki di tempat baru...Dan akhirnya selepas 6 bulan, umi berjaya di confirmkan....

Umi bersyukur sangat2 ke hadrat Ilahi kerana rupanya inilah agaknya hikmah dugaan ALLAH kepada umi...Sebelum dapat bekerja di syarikat baru ni, memang ini lah target pertama tempat kerja yang umi nak cari kerana ianya adalah islamic company.Tetapi rezeki umi di beri ALLAH SWT bekerja di syarikat non muslim ( Walaupun nama nya dah ada ciri2 kemelayuan )...

Semoga rezeki umi akan menjadi lebih berkat di tempat baru...Tekad umi menjelang tahun baru 2011,sekaligus mula bekerja di syarikat baru ialah ingin mengubah diri untuk menjadi muslimah Islam sejati.Insya Allah....

Sunday 10 July 2011

Usahlah mengeluh dan berkeluh kesah atas sesuatu ujian dan dugaan yg melanda.. Kerana sikap itu menunjukkan keadaan kita yg tidak redha dengan ketentuanNya.. Dan janganlah pula terlalu gembira hingga bersorak-sorakan bila mendapat apa yang diimpikan oleh JIWA, kerana itu sebenarnya menjadikan kita mudah terleka dan alpa... (",)