Monday 19 December 2011

Penangan Si Angry Birds...

Yang ini pulak penangan Games kartun terbaru Angry Birds Rio.Emphhh...Games ni sebenarnya dah lama wujud bagi pengguna I-phone (umi rasa la...).Sebab baru-baru ni ayah ada beri hadiah pada umi sempena bonusnya la..hehehe...Memula dulu janji nak bagi umi I-Pad..tetiba tak jadi plak.Maka pada satu malam tu sekembali ayah dari tempat kerja nya, terus dia tunjukkan umi Galaxy Tab nya ni.

Umi ni pulak jenis yang maleh nak bertanya banyak,apa yang orang bagi ambil je la kan...hehehe.So pada mulanya memang pening pun tak tau nak guna tab ni.Maklumlah..tak pernah terpikir nak guna tab ni.Jadi apa yang umi buat sekarang ialah setiap hari bukak tab untuk baca paper online..hehehe..

Suatu hari, ada member opis umi ni ambil tab umi and mula surfing- surfing apa yang patut.Lalu tiba-tiba dia bagi idea untuk download games yang terkini dan menarik ke dalam tab ni.Apa lagi umi ni..sejak dari hari itu bermula agenda bermain games dengan Angry Bird ini.Memang satu permainan yang menarik dan mencabar.


So umi pun dah asyik dok main games ni terlupa rupanya anak-anak umi ni pun belajar jugak main games ni sekiranya tab ni bukan di tangan umi.Anak-anak sekarang....tab,laptop,komputer jadi bahan mainan...hmmmm



Sekarang umi dah pun khatam permainan ni dan sejak dua menjak ni rupanya games ini dahpun diwarisi oleh hero umi si Naufal.Asal nampak saja tab tu , mesti dia akan menjerit2 nak kan ia...."Mi...nak angie bed....nak angie bed....".Kalau la dia dah start mintak tab tapi permintaan nya dihampakan oleh si umi, maka akan bergegarlah satu rumah dek jeritan jantan dia.Emphhhh....ni lah anak kan???

No comments:

Post a Comment