Monday 19 December 2011

Mari Belajar Bahasa Inggeris Dengan Noddy


Mungkin ada para sahabat di luar sana pernah melihat karektor kartun ini.Suatu masa dulu kita pernah lihat kartun "Make A Way For Noddy" di salah satu rangkaian TV di Malaysia ni.Tak lama selepas tu siri kartun ini dah tiada.Umi suka tengok kartun ni bukan apa sebab seingat umi siri kartun ini adalah antara yang pertama jenis ada buble2 ni..( Nak describe pun tak reti maklum lah tak mahir bab2 animasi grafik ni)..

Rupanya dalam tak diam selepas lama siri ni tak kelihatan di kaca tv,ada satu slot kartun ni yang dipublishkan sebagai satu siri belajar bahasa inggeris untuk kanak-kanak.Agaknya sebab kartun nya yang comel kot sebab tu ada siri animasi baru yang betul-betul memberi kesan bagi pembelajaran bahasa inggeris.
Umi kebetulan terjumpa program ni waktu hanging around kat satu shopping complex kat kampung husband dulu.Waktu tu pun umi belum pun ada anak lagi.tapi oleh kerana program ni menarik dan umi rasa sesuai untuk anak-anak umi ( bakal la..time tu..hehehe), so umi pun ambil la..

Memang benar bagus program ni.Bila dah ada anak2,sedari kecil, umi dedahkan mereka dengan CD visual.Umi suka sebab visual nya terang dan jelas jadi anak-anak umi sedari bayi memang suka menonton CD ini.


Apa yang menarik dalam CD ini adalah watak Noddy itu sendiri.Karya penulis terkenal, Enid Blyton yang menggambarkan watak budak lelaki kecil yang baik budi bahasanya, sukakan pengembaraan dan tinggal di Toyland bersama-sama dengan kawan-kawannya.

Imej Noddy yang penuh nilai-nilai murni, selamat dan tidak ganas berbanding kebanyakan watak kartun lain, menjadikan ia sebagai satu 'role model' yang cukup baik untuk kanak-kanak khususnya yang sedang membesar dan mula ingin belajar.

Di dalam pakej yang diterbitkan ini mengandungi koleksi bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang disampaikan secara dwibahasa dalam bahasa Inggeris dan Melayu.

Program ini menyasarkan kanak-kanak yang berumur antara dua hingga lapan tahun supaya pandai berbahasa inggeris melalui kaedah yang menyeronokkan, dengan memfokuskan kepada dunia kanak-kanak serta berasaskan kepada aktiviti yang sesuai untuk tahap mereka.

Mengikut kajian, enam tahun yang pertama dalam dunia kanak-kanak adalah masa yang terbaik untuk mereka belajar tentang tanggapan, nilai-nilai moral, muzik, komputer, pemikiran kreatif, bahasa, serta menulis dan membaca.

Hampir kesemua unsur-unsur penting ini wujud dalam pakej pembelajaran tersebut yang mengandungi 20 cakera padat video (VCD), 20 buku cerita ilustrasi, 20 buku mewarna, buku kosa kata, buku dan CD lagu, serta sebuah buku panduan program untuk ibu bapa dan guru.Itu yang umi tertarik sewaktu mula-mula diperkenalkan dengan Program ini.

Setiap VCD merupakan siri animasi komputer dengan cerita yang menyeronokkan tentang Noddy dan kawan-kawannya.

Anak-anak umi juga berpeluang melatih bahasa Inggeris mereka dengan berinteraksi dengan Dotty dan Spotty serta menyanyi lagu. 

Apa yang umi harapkan , program ni dapat lah memberi manfaat buat anak2 umi tu.Seminggu kalau tak tengok Noddy..aduhai....Si adik kalau dah dapat tengok Noddy, suruh tidur pun tak mahu...

16 comments:

  1. Saya br je beli program noddy kat giant kuala trg td. Diharap ia sgt bermanfaat utk anak sy seramai 3 org ni. Tgk mcm menarik sgt.nanti puan share lah testimoni 😊😊

    ReplyDelete
  2. Saya br je beli program noddy kat giant kuala trg td. Diharap ia sgt bermanfaat utk anak sy seramai 3 org ni. Tgk mcm menarik sgt.nanti puan share lah testimoni 😊😊

    ReplyDelete
  3. Salaam sume. Sy pun baru amik noddy. Harap berbaloi la utk ank sy age 3 tahun. Sapa kt sini nk Cari Montessori toys murah2 bole tgok n follow my IG ni #montessoriestoys. Visit our web montessoriestoys.com. tq

    ReplyDelete
  4. Salam semua.. Saya pun br beli noody di pesta buku.. Brg xsapa lagi.. Harap bermanfaat utk 4 org anak sy yg kecil 😂..harganya pun blhla tahan

    ReplyDelete
  5. Saya pn baru beli noddy ni..ank umur 8 thn..hrap dpt mmbntu kami skluarga..insyaallah..

    ReplyDelete
  6. Saya pn baru beli noddy ni..ank umur 8 thn..hrap dpt mmbntu kami skluarga..insyaallah..

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum.. Nk tnye, program noddy nie still ade lg ke ? Dulu ade skali agen noddy promote psl program tu, tgok pon ase brminat sgt n sy rse mmg brguna bg ank sy sbb ank sy mmg suke tgok tv sjak dr baby.. Tp malang nye mse dye promote tu mmg btol2 xde duit nk buat deposit sbb duit da byk pkai utk komitmen lain. Rse rugi sgt sbb x dpt nk beli mse tu. Skrg sy still trcari2 program noddy nie. Jikalau masih ade sila contact/wasep sy. 0173283368 (Rhafzan)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masih ade lagi program ni.. Enrhafzan masih berminat x?sya boleh kenalkan pade agen yg sya ambil..sya baru amek 2hari lepas program ni..anak baru 1y4m..

      Delete
  8. Hi assalamualaikum kepada semua dan salam sejahtera .. Sya azrulaffendy adalah salah seorang dari agent learn english with noddy .. Jika ada shabat atau saudara saudari yg ingin mengetahu ttg pakej dan harga learn englis with noddy boleh hubungi sya dan klau dalam jarak yg dekat boleh jumpa.. 0139761607 boleh terus hubungi..

    ReplyDelete
  9. hi. boleh tanye x review akk pasal program ni? sbb sy bru nk survey. anak baru 2 tahun.

    ReplyDelete
  10. LEARN ENGLISH WITH NODDY (DWI BAHASA BM/BI)
    Ahli Psikologi: DR Mike Forrester (Bahagian Psikologi. Universiti of Kent)
    Rekaan Kursus: Profesor Emeritus Jack Lonergan (Language Training Institue, London).
    Pakar Runding: Joe Hambrook. BBC (MUZZY), CTW (Sesame Street) dan JHO (The MUPPETS).
    Penterjemah: Persatuan Penterjemah Malaysia

    Bahasa itu anugerah seperti juga mata telinga dan emosi. Ianya harus di bentuk seawal mungkin. Merubah di kemudian hari akan menjadi lebih sukar jika tidak mustahil.
    Saya mempunyai 5 cucu, yang sulung sekarang berusia 6 tahun dan bongsu 1 tahun. Mereka didedahkan dengan pembelajaran Learn English with NODDY (BM/BI) seawal usia 3 bulan. Hasilnya, pada usia 3 tahun fasih bertutur dan bercerita dalam BI dan mampu membaca BI dan BM sebelum ke Kindergarden (persediaan awal ini untuk mengelak mereka belajar membaca BI cara kaedah foniks, sebab sebutan BI tidak semestinya dari apa yang kita lihat dalam bacaan). Otak tidak ada gen membaca seperti anugerah pertuturan. Ia melihat perkataan sebagai gambaran dan perlu disemat dalam otak terlebih dahulu. Sekiranya tidak biasa melihatnya, memahami serta menyebutnya, ia akan menjadi suatu perkara asing bagi anak itu. Penerapan akan menjadi lebih sukar dengan usia.

    Tatacara pembelajaran paling mudah dan berkesan adalah berunsur rangsangan interaktif.
    Sekiranya anda tidak mempunyai masa, tidak fasih BI atau kurang pasti tatacara pembelajaran dari usia seawal bayi, hubungi saya sebelum memilih program yang banyak terdapat dalam pasaran, kerana ia berkait penting dengan usia anak anda.

    Whatsapp Rahim Sani 017 3554231 (lebih 10 tahun berurusan program pembelajaran bayi dan kanak-kanak). Nyatakan usia anak-anak anda. Sila majukan pada kawan kawan yang mempunyai anak-anak kecil. Terima kasih. WSLM.
    Abad 21 ‘Era Eksponensial Maklumat dan Berfikiran Konseptual’.

    ReplyDelete
  11. Terima kasih pada di sini notaku bermula kerana memumpang hujah

    ReplyDelete