Wednesday 14 December 2011

Alhamdulillah...

Akhirnya dapat jugak umi meluangkan masa untuk catatan pertama dalam bulan pertama Islam kita...

Sebenarnya umi nak memulakan coretan dari hari pertama bermulanya bulan namun dengan tak semena2 ada sahaja urusan yang terpaksa umi uruskan.Jadi tak sempatlah umi nak memulakan coretan...Blogging pulak bukan lah kerja full time umi..Siang busy di pejabat..Balik rumah berperang plak ngan anak2 yang dah makin membesar tu...Sedar2...mata umi akan terpejam bersekali dengan pejamnya mata hero dan heroin umi ni...So begitu lah hari2 yang berlalu sampai lah ke hari ini..

Minggu kedua kalendar bulan Hijrah, umi dilanda sedikit musibah..namun umi tetap bersyukur dan sedar bahawa ALLAH SWT masih sayangkan umi.Diberinya sedikit dugaan...Nak tengok sabar ke tak hambanya dalam mengharung dugaan yang diberikan olehNYA.

Alhamdulillah..umi tempuh dugaan dengan redha even boring dok rumah diberi cuti rehat yang panjang.Apa pun umi bernasib baik kerana anak2 dijaga oleh adik umi yang sekarang dok sekali.Maknanya selama umi sakit ni dia lah yang menguruskan anak2...Syukur ke hadratNYA...

Since semalam umi dah pun start bekerja seperti biasa...Insya allah klu tiada aral...umi akan cuba juga curi masa utk blogging sebelum tido...hehehehe...Sehari satu nota....

No comments:

Post a Comment