Monday 26 September 2011

Tempat Lahirku

Sambutan Raya Aidilfitri 2011 sememangnya begitu bermakna pada umi.Ini kerana setelah lebih 30 tahun menikmati kehidupan, umi tak pernah tgk di mana tempat lahir umi.
Sejak dari kecil bila org bertanya di mana tempat lahir, umi akan jawab " Saya lahir di Ulu Remis, Johor".Itu pun berdasarkan surat beranak sahaja.Tempat sebenarnya tak pernah pun tgk.
Kalau mak abah pulak bercerita, umi dilahirkan di Ulu Remis, Layang-Layang Johor.Selepas berusia hampir 2 bulan , rezeki abah mendapat tawaran utk masuk ke Rancangan Tanah Felda di Pahang.
Lalu sejak dari hari itu lah abah tak pernah mengunjungi lagi tempat kelahiran umi.Maklumlah kami ni mendatang.Asal usul dari nun jauh di utara Semenanjung.

Alhamdulillah, syukur kepada apa yang ALLAH anugerahkan, umi bertemu jodoh dengan suami yang berasal dari negeri Johor.Namun begitu, walaupun hampir nak masuk 6 thn usia perkahwinan kami, dok selalu balik kg suami di sebelah sana, tak pernah sekali pun umi menjengok tempat kelahiran umi yang katanya berada di dalam daerah Kluang.


Akhirnya raya tahun 2011 , barulah umi berpeluang untuk menjengah semula tempat kelahiran umi.Di ladang Ulu Remis, Layang - Layang , Kluang Johor..
Ni antara photo yang sempat umi ambil ..hehehe.
Of course la berbeza pemandangan dengan keadaan yang dulu kan??Ni pun sebenarnya kebetulan kami melalui kawasan ini kerana nak ke Johor Bharu.Tp tak ikut hi-way .



Ni Ladang tempat abah keje dulu.

Ni Pekan Layang-Layang tahun 2011.Mungkin ada perubahan skt dari dulu...
Plantation ni besar milik Sime Darby.

No comments:

Post a Comment