Wednesday 24 August 2011

Mencari Yang Halal

Assalamualaikum teman-teman blogger....

Umi memohon beribu kemaafan kerana mengambil masa yang agak lama untuk updatekan sesuatu post..hai...mungkin alasan nya dek kekangan masa la tu...

Namun topic yang nak umi masukkan ke dalam post ini rasanya amat berguna untuk semua pembaca di luar sana yang masih belum tahu..Dah hampir seminggu umi simpan topik ni utk upload dalam blog..Dek kerana tak sempat, hari inilah baru umi berpeluang nak menulis....

Ok..ada suatu pagi tu,umi tiba-tiba terdetik di hati nak menonton rancangan Tanyalah Ustaz di TV9.Topik nya memang menarik..Mencari Yang Halal.Dan Ustaz nya adalah dari JAKIM.Seorang pengarah Kanan Bahagian Halal Hub.

Di dalam banyak-banyak persoalan yang dikemukan dan dibincangkan untuk pengetahuan umum, ada satu soalan yang ditanyakan oleh seorang penonton iaitu " kami inginkan kepastian berkenaan status halal ubat insulin yang digunakan oleh pesakit kencing manis".Dan jawapan dari ustaz berkenaan memang agak mengejutkan umi la...

Hampir kesemua ubatan yang kita ambil selama ini memang lah datang dari sumber yang tidak halal.Namun dalam Islam menegaskan bahawa di dalam sesuatu keadaan yang darurat, penggunaan sesuatu yang haram boleh jatuh kepada hukum harus kerana situasi.Di dalam kes ini, seorang pesakit kencing manis yang perlu menyuntik insulin ke dalam badan nya berada di dalam keadaan darurat di mana jika dia memilih untuk tidak menyuntik insulin, maka akan membahayakan nyawanya..Jadi dalam keadaan ini hukum ubat itu jatuh kepada harus.Seorang doktor adalah bertanggungjawab untuk menyelamatkan nyawa pesakit.Sekiranya diberi pilihan antara menyelamatkan nyawa pesakit ( di dalam kes di mana pesakit tiada pilihan atas ubatan jenis lain yang halal ) dan menegakkan syariat Islam, dia perlu mementingkan nyawa manusia.

Maka terjawab lah sudah persoalan umi selama ini kerana pernah mendengar desas desus yang mana injection yang diberi kepada bayi sejak kecil yang dipanggil suntikan imunisasi adalah datang dari sumber yang haram.Maka benarlah kata seorang kawan bahawa kita ni sejak dari bayi lagi telah disuntik dengan sumber haram.Maka tidak hairan lah kalau anak2 itu bila dewasa menjadi tidak elok ditambah lagi sekiranya permakanan mereka juga tidak dititikberatkan oleh para ibu bapa sedari kecil.Untuk mencari sesuatu yang halal itu amatlah sukar..Namun kata Ustaz tersebut ini menjadi tanggungjawab semua umat Islam untuk mendalami bidang penyelidikan dalam perubatan untuk men cipta ubat-ubatan baru yang datang dari sumber yang halal..




No comments:

Post a Comment