Wednesday 4 January 2012

Aisya Dah Masuk Tadika....

Sungguh cepat masa berlalu...Rasanya macam baru lagi umi rasa Aisya ni dilahirkan.Sekecil 2.6kg pada 6 October 2007.Tup tup tahun 2012 Aisya dah pun berumur 5 tahun.Dah pun masuk sekolah walaupun baru TADIKA.

So seperti budak-budak lain, Aisya pun excited bila nak mula masuk sekolah baru.Pagi-pagi pukul 6 pg , dia dah bangun.Tak tunggu lama terus mandi dan menyiapkan diri dengan baju sekolah barunya.Selesai bersiap, aktiviti rutin Aisya makan sarapan kegemarannya kalau tak Coco Crunch @ Honeystar dengan susu.

Baju baru Tadika Mutiara Aisya

Beg Sekolah Aisya

Selepas siap makan, dia akan terus rilex2 sementara tunggu umi siapkan si adik pula.Selepas siap semuanya dalam pukul 6.50 pagi baru bergerak ke sekolah nya.Sampai di TASKA adik, dia akan tunggu pula Van Taska untuk bawa dia ke Tadika nya.Sebenarnya Tadika dia ni adalah organisasi yang sama seperti Taskanya cuma location agak jauh sedikit.Jadi Taska menyediakan pengangkutan khas untuk membawa pelajar2 ke Tadika tepat pukul 8 pagi setiap hari.

Selepas tamat  kelas Tadika pada pukul 4.30 ptg, van Taska akan sekali lagi ambil dan bawa Aisya balik ke Taska semula untuk sesi aktiviti seterusnya sementara menunggu umi ambil dalam pukul 6.00 ptg.Dia memang seronok dengan aktiviti rutin barunya.Buat masa ini lah.Harap-harap sampai la hujung tahun.

Ini kerana tahun depan bila Aisya berumur 6 thn, umi dan ayah ada perancangan tersendiri untuk pelajaran dia.Insya allah....

No comments:

Post a Comment