Thursday 17 November 2011

Anak Umi Naik Pentas.

Selasa 9/11/2011....

Majlis Penyampaian Hadiah & Hari Ibu Bapa bagi pelajar Taska Anakku Comel diadakan di Hotel Vistana,Kuantan.Umi siap amik cuti utk meraikan majlis si anak...


Almaklumlah ni tahun pertama anak2 kononnya dapat naik stage nak buat persembahan..Nak naik stage amik hadiah, Jannah cuma dapat no 4 dalam exam KAFA dia..

So umi cuma excited nak tgk dia naik pentas buat persembahan saja lah..Tambahan pulak si adik yang agak senyap bila di sekolah ni turut naik pentas.Jadinya umi suruh jugak ayah balik dari keje ( sbb ayahnya berada di luar daerah ) ptg tu.
So kiranya ayah dan umi mmg excited sungguh nak tgk performance anak.
Tajuk cerita Cinderella....



Masa yang ditunggu2 pun tiba.Jannah punya giliran untuk perform adalah yang ke-5.Umi dah standby di depan stage nak amik gambar.

Si adik pula, katanya memegang watak cendawan yang duduk di tepi pentas sahaja.Punyalah excited si adik pakai baju mengikut kaler tema yang diarahkan oleh taska.Dari rumah lagi ayah dah tanya adik nak berlakon apa ea mlm ni?Adik pun menjawab dengan selamba "nak adi awan..."..



Sampai masanya Jannah pun naik..ler..rupanya Jannah jd pelakon tambahan jek..Memakai costume bunga kudup yang duduk di tepi pentas..hehehe..Kelakar tul..Sebelum tu katanya Jannah adalah terdiri dalam golongan penari menyanyi lagu cinderella..Rupanya last minute watak Jannah ditukar kerana Jannah tak mau menari dengan budak lelaki.Pandai lak anak umi ni memilih watak.Si adik pulak,puas umi tunggu dia naik pentas namun sehingga persembahan habis,si adik tak muncul2.Frust juga lah umi rasa.




Rupanya selepas habis majlis, barulah umi tau yang si adik dah mengamuk di belakang pentas sebab tak nak pakai costume cendawan.:-)





Adik...adik...sampai mengamuk rupanya gara2 terkejut kena pakai costume cendawan.hehehee...
Apapun umi happy sangat tgk adik dan kakak aktif dengan aktiviti sekolah dia.Sampaikan kalau umi cuti pun still kena hantar kakak dan adik ke sekolah sebab mereka nak participate segala aktiviti Taska.

No comments:

Post a Comment