Petang tadi , umi pergi ambil anak2 di Taska.Ingatkan tak nak lah naik hingga ke kelas budak2 ni cukup sekadar di bawah sahaja.Tetapi malas pulak nak tunggu di bawah sampai pukul 6.30 ptg, umi panjat la juga tangga ke kelas Naufal di tingkat atas..
Sesampai di atas, tak nampak pun budak2 ni berkeliaran di luar kelas sementara menunggu waktu balik.So umi intai di kelas Jannah.Jannah tengah sibuk menulis di buku latihan..emphhh..rajin sungguh anak dara umi ni...
Kelibat Naufal pun tak kelihatan.So umi intai la ke kelas sebelah..Rupanya Naufal tengah melalui ujian bulanan terakhir bagi rekod perkembangan pembelajarannya.Khusyuk sungguh Naufal mengisi kertas yang di serahkan oleh cikgunya..
Senyap-senyap umi masuk ke kelas dan intai dia dari belakang..Rupanya Naufal tengah diuji oleh cikgunya menulis namanya sendiri..M.Auzaie....Emphhh...masih dibantu rupanya anak umi ni...Takpe la..baru umur 2 thn lebih...Masih boleh dimaafkan..Lagipun umi maklum anak lelaki ni dia bukan nya rajin sgt compare ngan anak pempuan..Depa ni mmg suka belajar sambil main..
Bila umi tengok keseluruhan result nya..alhamdulillah...perkembangan yang amat memberangsangkan.Bulan lepas result nya straight D...bulan ni ada yang dah berubah jadi C dan B..alhamdulillah..yang paling ketara kat bahagian Sebutan 12 bulan dalam kalendar,warna asas, bentuk geometri asas dan juga situasi.Semua ini juga mengingatkan usaha umi last month dok sibuk google kat internet kaedah pembelajaran yang bagaimana untuk merangsang anak2 umi belajar.
Alhamdulillah la dengan kemudahan internet sekarang, mudah sangat umi membuat carian untuk semua2 tu.Umi dapat copy lagu2 nyanyian taska ( untuk kanak2) yang mengandungi penceritaan dalam lagu supaya mereka mudah ingat..
Umi siap buat chart tambahan dan lekatkan di dinding rumah untuk mereka hafal.Macam sekolah tadika jugak rumah umi jadinya.Kalau ayah tanya apa anak2 dia buat malam2,amat jarang kalau umi nak katakan mereka menonton tv.Semuanya sibuk review apa yang cikgu mereka ajar di sekolah.Cuma review cara moden la..dengan komputer / laptop...hehehehe..
Harap2 umi dapat membentuk anak2 umi ni supaya menjadi anak2 yang berjaya di masa depan..insya allah.....
No comments:
Post a Comment