Wednesday, 8 February 2012

Mutiara Hati (I)


SEDARI MUSIBAH ITU KEHENDAK ALLAH



وَمَا أَصَابَكُم مِّن مُّصِيبَةٍ فَبِمَا كَسَبَتْ أَيْدِيكُمْ وَيَعْفُو عَن كَثِيرٍ

Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa); dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu. ( As Syura : 30 )


ULASAN AYAT :
1- Bagi orang yang terkena musibah hendaklah selalu menguatkan keyakinan diri dan menyedari bahawa semuanya adalah merupakan kehendak ALLAH. 

Abu Al Faraj Ibn Al Jauzi berkata : Ada enam perkara bagi orang yang terkena musibah, iaitu :
 
a) Hendaklah seseorang itu menyedari bahawa dunia ini adalah tempat ujian dan kesusahan, bukan tempat untuk bersenang-senang.
b) Hendaklah seseorang itu menyakini bahawa setiap musibah yang datang itu adalah ketentuan dari ALLAH.
c) Hendaklah orang yang terkena musibah itu melihat kepada musibah yang lebih besar yang pernah menimpa kepada orang lain selain dirinya.
d) Hendaklah ia membandingkan antara musibah yang menimpa dirinya dengan musibah yang dialami oleh orang lain, dengan demikian hatinya akan sedikit terhibur.
e) Hendaklah ia mengharapkan ganti dari ALLAH sekiranya yang pergi itu masih boleh mendapat ganti.
f) Hendaklah orang yang terkena musibah itu mengharapkan pahala dengan sentiasa bersikap sabar kerana yang demikian itulah yang terbaik bagi dirinya. 

2-    Sesungguhnya tujuan ALLAH berbuat demikian bukanlah sesuatu yang membinasakan hamba, akan tetapi adalah untuk menguji ketabahan serta kerelaan hati seseorang. Di samping itu juga tujuan ALLAH berbuat demikian adalah untuk mendengar permohonan seseorang dengan penuh rasa kerendahan diri kehadratNya.

WALLAHU’ALAM

No comments:

Post a Comment