JANGAN LETIH BERBUAT KEBAIKAN
مَن جَاءَ بِالْحَسَنَةِ فَلَهُ خَيْرٌ مِّنْهَا ۖ وَمَن جَاءَ بِالسَّيِّئَةِ فَلَا يُجْزَى الَّذِينَ عَمِلُوا السَّيِّئَاتِ إِلَّا مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ
Sesiapa yang datang membawa amal baik (pada hari akhirat) maka baginya balasan yang lebih baik daripadanya; dan sesiapa yang datang membawa amal jahat, maka mereka yang melakukan kejahatan tidak di balas melainkan dengan apa yang mereka kerjakan. ( Al Qasas : 84 )

ULASAN AYAT :
1. Jangan pernah merasa letih membuat kebaikan walau dimana kita berada dan dalam situasi apa sekalipun. Biarlah akal manusia memandang sinis tetapi penduduk langit tetap mengetahui dan ianya akan dicatitkan sebagai pahala kebaikan pada kita. Sebolehnya kebaikan yang kita buat biarlah tersembunyi dari pengetahuan manusia agar tidak wujud perasaan bangga diri bila dipuji manusia.
2. Jika kita merasa letih dalam melakukan kebaikan, sedarlah bahawa keletihan itu akan hilang tetapi pahalanya sudah tersimpan dan kekal disitu. Jika kita merasa lazat dan seronok membuat dosa, maka ingatlah bahawa dosa dan keseronokan itu juga akan berlalu tetapi dosa dan azab masih kekal dan sedang menunggu kita diakhirat nanti.
3. Berusahalah membuat kebaikan sehabis usaha kerana sesungguhnya hasil daripada usaha yang kita lakukan bakal dikecapi dan dibayar dengan keselamatan dan kebahgiaan kita di saat kita amat memerlukan pertolongan. Sesungguhnya hanya amal kebaikan yang kita usahakan di dunia ini sahaja menjadi syafaat kepada kita semua disana kelak. WALLAHU’ALAM
No comments:
Post a Comment