SABAR DENGAN KERJA ALLAH
FIRMAN ALLAH SWT BERMAKSUD :
" Dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha)perbuatan kamu, sesungguhnya ALLAH mengasihi orang yang berusaha memperbaiki amalannya."
(Surah al-Baqarah :195)
FIRMAN ALLAH SWT BERMAKSUD :
" Dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha)perbuatan kamu, sesungguhnya ALLAH mengasihi orang yang berusaha memperbaiki amalannya."
(Surah al-Baqarah :195)
ULASAN AYAT :
1- Saban kali kita gagal memujuk diri tatkala marah sedang menguasai. Kita marah apabila segala yang diingini tidak menjadi. Kita merajuk apabila ada yang melakukan tidak mengikut telunjuk. Kita kecewa apabila yang dimimpi hanya menjadi fantasi. Ada ketika kerana marah pada manusia, sampai tidak bertegur sapa. Ada juga sampai terputus hubungan kekeluargaan dan persahabatan. Tetapi adakah kita sedar marah pada manusia itu hakikatnya marah pada Tuhan yang menentukan segala kejadian?
2- Bagi menghasilkan sebuah tembikar, tanah liat diambil dan dibentuk. Setelah mempunyai bentuk yang diperlukan, tugas berikutnya akan diambil alih oleh pelukis untuk melukis ukiran yang cantik, dilukis dengan gambar yang autentik dan diwarnakan dengan warna yang menarik. Hasilnya, pasti ramai bakal pembeli yang berhajat mahu mendapatkannya sebagai koleksi peribadi.
3- TEMBIKAR YANG CANTIK tidak akan menjadi cantik sekiranya tidak "mengizinkan" badannya dibentuk, diukir dan dilukis. Ia akan terus kekal sebagai tanah liat yang berada didasar sungai dan dipijak orang. Ia langsung tidak dipandang apatah lagi mahu diambil jadi hiasan.
4- ALLAH SWT mengajar dan memujuk kita tentang sabar, berbaik sangka dan terus berusaha menerusi mafhum firman-Nya:"Kecuali orang yang sabar dan mengerjakan amal soleh,maka mereka itu akan beroleh keampunan dan pahala yang besar."(Surah Hud :11 )
5- OLEH itu bersabarlah, biar bersusah-susah dahulu dalam mengajar diri untuk mengenal kehidupan bertuhan. Bersabarlah dalam mendidik diri dan hati, kerana bersabar itu terlalu indah diakhirnya.
6- BERGEMBIRALAH bagi mereka yang memilih bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian berbekalkan iman yang meraja. Firman ALLAH yang bermaksud: "Sedang malaikat-malaikat pula akan masuk kepada mereka dari tiap-tiap pintu(sambil mengucapkan) " Keselamatan atas kamu berkat kesabaran kamu. Maka amat baik balasan amal kamu didunia dahulu." (Surah Ar-Ra'd : 23-24).
WALLAHU’ALAM
No comments:
Post a Comment