Alhamdulillah...hari ini sudahpun masuk tahun ke2 umi bersama blog ni walaupun belum genap2...Tapi insya allah bak kata adik ipar umi...( dia pun sama2 kawan dalam blog ini ) akan cuba sebaik mungkin untuk mengekalkan blog ini sehingga anak2 umi besar...Semoga mereka jugak sempat melihat hasil yang umi mereka catatkan tentang mereka dari kecil.
Waktu ni umi tgh mencari idea nak mengarang isi blog ni di dalam bilik.Si anak berdua tu tengah asyik dengan rancangan kartun kegemaran mereka "boboiBoy"....Iskkk tak makan pun sanggup...
Tahun 2012 sudah berlalu sehari yang lalu..Apa azam teman2 semua ea?Apa azam umi tahun ni ea?Tengah dok rancang2 jugak tapi masih belum di perhalusi lagi...azam yang masih nampak macam angan2 la..hehehe..
Kalau tahun lepas azam umi untuk mengukuhkan kedudukan kewangan umi anak beranak..Pelbagai cara dah cuba dan alhamdullillah...menjadi juga akhirnya.Tu la orang selalu kata jika matlamat kita tu betul2 kita nak realisasikannya...maka ALLAH akan tunjukkan caranya juga..
Target umi last year nak ada sikit simpanan di bank sudahpun termakbul.simpanan berbentuk saham pun dah ada sikit..Simpanan berbentuk insurans juga sudah ada anak beranak,simpanan berbentuk tetap ( rumah ) pun dah ada..Emphhh..simpanan apa lagi ea??
Target umi untuk melangsaikan hutang piutang lapuk umi sejak bekerja di tempat lama pun umi dah dapat settlekan pada tahun 2011.Begitu juga dengan hutang lapuk suami umi.Semuanya dah beres lah...boleh lah umi menarik nafas lega.Begitu juga dengan suami.
So selamat tinggal tahun 2011....Semoga tahun 2012 ni umi boleh merancang suatu matlamat baru yang lebih realistik untuk keluarga kami.
Dok tenung2 anak umi yang hero ni..seronok tengok muka dia yang tenang tu bila tidur..Dah besar rupanya hero umi ni..Terasa teringin pulak nak pegang baby lagi...hehehe...Harap2 ni pun antara angan2 umi untuk tahun 2012.Kalau ianya menjadi kenyataan...alhamdulillah.....
wow! amiiinnnnn;)
ReplyDeletejadikan kenyataan yer azam untuk 2012....;p