Saturday, 31 December 2011

Kenangan Terakhir 2011

Ni adalah kenangan terakhir tahun 2011.Berkenaan anak hero umi.Dia ni agaknya memang di takdirkan kurang antibodi berbanding kakaknya.Kalau kakaknya dulu walaupun dia minum susu badan namun tak juga lama dek kerana bila dia berumur genap setahun 2 bulan , umi dah pun conceive pregnant pada si adik.Lalu atas nasihat emak, umi pun ceraikan susu badan dengan si kakak untuk memberi laluan pada si adik membesar dengan sempurna di dalam rahim umi.

Maka selepas 9 bulan 10 hari , si adik ni pun lahir ke dunia dan alhamdulillah sihat.Namun selepas dia berumur 9 bulan , tiba-tiba umi diarahkan bertukar kerja di luar daerah.Umi hanya boleh memilih antara dua samada berhenti kerja atau pun mengikut arahan pihak syarikat.Dek kerana kekangan hidup pada waktu itu umi kena la berkorban meninggalkan si anak berdua pada si ayah dan hanyalah berjumpa pada hujung minggu sahaja.

Memang lah suatu yang menyeksakan terpaksa meninggalkan anak jauh dari pandangan mata.Boleh dikatakan di awal proses meninggalkan mereka , hiba di hati tak boleh nak dikata apa lagi.Dan disebabkan perpisahan ini juga lah adik sudahpun tidak lagi menyusu badan umi.

Namun walaupun begitu, Allah kurniakan dia kebolehan untuk adapt perubahan dengan cepat.Dalam pada umi tinggalkan dia pada bulan pertama , dia dah pun bertatih tatih untuk berjalan.Umi balik pada weekend yang seterusnya umi tengok dia dah pun boleh berjalan jatuh.Weekend seterusnya dah pun mula belajar nak berlari.Akhirnya dia boleh berlari di usia 11 bulan..heheheh..Allah bagi dia kelebihan.

Namun dalam pada itu pula kesihatannya pula yang kurang konsisten.Acapkali demam.Pening kepala umi memikirkan keadaannya.Tu umi katakan tadi antibodinya tak seperti antibodi kakaknya.Pernah pada tahun itu juga umi ada mengadakan majlis kesyukuran sempena masuk ke rumah baru bersekali dengan sambutan hari jadinya yang pertama,sebelah petang usai majlis selesai kami terpaksa la pulak bekejar ke hospital kerana dia megalami demam dan cirit birit yang teruk.Dah kena tahan di wad.



Itu semua adalah kisah-kisah dulu.Apa yang umi nak coretkan di sini berkenaan adik ialah memang sejak dari kecil hingga kini demam nya memang selalu sangat.Akhirnya kelmarin ayah telah decide untuk bawa dia check up di hospital pakar setelah mendapat nasihat dari klinik biasa.Simptom2 asthma memang sudah nampak pada si adik..Acute bronkitis with URTI.Itu kata doktor di klinik panel kami.Lalu kami forwardkan hal ini kepada doktor pakar.

Namun alhamdulillah...memang dah la doktor tu pun doktor pakar, maka apa yang dikatanya itu sememangnya adalah seperti pakar la...Alhamdulillah..Auza'ie Naufal umi tidaklah sekritikal seperti apa yang umi dan ayah sangkakan.Selepas mendapat nasihat doktor, kami berpuas hati dan bersetuju untuk mengikut jadual perawatan seperti yang diberikan.Apa yang dikatakan sebagai allergy oleh doktor tu kepada anak umi..akan umi ceritakan di coretan tahun depan pulak...insya allah...

No comments:

Post a Comment