Apa itu Acute bronchitis ea?Perkataan ni umi jumpa dalam surat refer untuk anak umi bila umi minta doktor klinik panel umi berbuat demikian.Waktu tu, doktor check keadaan Auza'ie Naufal yang sentiasa batuk-batuk dan muntah sejak dua tiga hari yang lalu.Kekadang kesian umi tengok keadaan dia bila tengah sedap-sedap makan makanan yang dia suka ( susu cthnya), tiba-tiba tersedak lalu muntah.Habis semua makanan yang dia makan tadi dimuntahkannya.Tu yang berat badan dia agak menyusut akhir-akhir ini.
Keadaan ini juga mendorong kami gagahkan diri juga berjumpa doktor pakar di Hospital Pakar Kuantan sabtu lalu.Mula-mula masuk, doktor Pakar Paed tu pandang kami senyum jek.Sejuk gak hati tengok gelagat doktor tu.Selepas tu doktor memeriksa keadaan Auza'ie , doktor pun mula mengeluarkan nota penerangan nya..hehehe..(Macam nak bagi kuliah dalam kelas je umi rasa...)
"Acute bronchitis describes the inflammation of the bronchi usually caused by a viral infection, although bacteria and chemicals also may cause acute bronchitis.
Bronchiolitis is a term that describes inflammation of the smaller bronchi referred to as bronchioles. In infants, this is usually caused by respiratory syncytial viruses (RSV), and affects the small bronchi and bronchioles more than the large. In adults, other viruses as well as some bacteria can cause bronchiolitis and often manifest as a persistent cough at times productive of small plugs of mucus.
Acute bronchitis is as mentioned above, is a cough that begins suddenly usually due to a viral infection involving the larger airways. Colds (also known as viral upper airway infections) often involve the throat (pharyngitis) and nasal passages, and at times the larynx (resulting in a diminished hoarse voice, also known as laryngitis). Symptoms can include a runny nose, nasal stuffiness, and sore throat. Croup usually occurs in infants and young children and involves the voice box and upper large airways (the trachea and large bronchi). " ( Dipetik dari www.medicinenet.com ).
So dipendekkan cerita , doktor kata ada banyak sebab anak umi ni terkena penyakit ni.Tetapi major cause adalah disebabkan history dalam famili.Famili tu termasuk umi, ayah, dan saudara-saudara terdahulu....Bila check2 history umi , umi memang ada allergy dari kecil iaitu pada kulit.Begitu juga ayah yang allergy pada seafood.Maka semua itu menjadi penyumbang utama kepada penyakit anak umi.
Pada mulanya umi bimbang juga keadaan anak umi ni tetapi setelah di cool down kan oleh doktor, lega la sikit.Kata Doktor pakar tu 70% daripada kanak-kanak yang datang kepadanya adalah masalah yang sama.Sememangnya allergy problem ini adalah sesuatu yang common especially pada masa sekarang.Setelah mendapat nasihat step by step dan ubat-ubatan yang perlu diambil oleh Auza'ie Naufal serta follow up treatment..
So..selepas consultation session , Auzaie kena go through untuk ambil ubat sejenis asap.Dalam 15 minute.Lepas tu terus ke bahagian farmasi untuk ambil bekalan ubatan dia..Mak aiii...waktu tengok listing ubat dia....7 jenis semuanya.Sekali dengan 2 jenis inhaler yang Auzaie kena sedut setiap 6 jam selama 6 bulan..ala..siannya anak umi...Mujurlah Auzaie pun tak banyak karenah nak makan ubat ni.Kalau selalu asal nampak botol ubat jek mula buat muka.Tapi ubat yang kali ni, bila dia nampak jek umi keluarkan stok ubat bila tiba waktunya, dia akan siap2 lay down badan dia atas peha umi.Ready untuk sedut ubat dari inhaler...
Selepas 3 hari treatement nampak nya kurang bunyi sikit nafasnya.Tapi umi still kena continue treatment ni until 6 mth.Tapi takpe..umi nak try jugak cara alternatif selain depend on modern medication.
Harapan umi semoga anak umi akan sihat seperti sediakala..insya allah....
No comments:
Post a Comment