Wednesday, 14 December 2011

Auza'ie Naufal meragam lagi...

Malam tu anak umi buat perangai lagi...Kadang-kadang ragam si anak ni sukar nak diduga oleh umi.Tengah dia syok2 tgk tv, dia mula menggosok mata menandakan dia dah mengantuk.Baju di badan masih lagi baju ptg tadi selepas umi ambil dia di TASKA.

Memang sudah menjadi kebiasaan untuk anak-anak umi tu umi tukarkan baju tidur sebelum dia tidur.Si adik memang masih memakai pampers..so pampers perlu ditukar supaya tidaklah tilam tu berjeruk pagi esoknya...heheheh..

Si kakak kebiasaanya akan umi suruh shi shi ( kencing ) dulu sebelum tidur sebab dia dah tak pakai pampers lagi...(Emphhh tetapi kekadang terbabas gak si kakak tu...Nak2 kalau tidur dalam air-cond yang umi terlupa nak tutup pada tengah malam nya.)....heheheeh.

So tiba masanya untuk si adik menukar baju..Kali ini dia reject lagi baju yang umi pilih sebagai pakaian tidur dia malam tu...So untuk mengelakkan dia berguling memberontak , umi bagi peluang untuk dia memilih baju dia sendiri dari dalam locker.So dengan penuh bangga nya dia keluar bilik dengan sehelai kain samping raya nya baru-baru ni..So umi pun fahamlah dia nak pakai baju melayu la tu mlm ni.

Bila dapat pakai baju melayu yang dia suka tu, fuh...muka puas hati jek..tersengih jek anak bujang umi ni...

Perghhhh...lengkap dengan kain samping tu.
Akhirnya anak umi ni tido dengan lenanya sambil tersenyum...aduhai...

Sempat lagi nak tunjuk 'peace' depan kamera.

Ni la ragam 2 beradik ni sebelum tidur...

No comments:

Post a Comment