Weekend yang lepas, umi tak p mana2..kebetulan lak akak ipar dr KL datang ke Kuantan kerana menghantar anak dia di kolej selepas tamat cuti semester.So bila orang dah ada kat rumah ni keje umi takde lain la..memasak..suka bila apa yang umi masak akan habis dimakan..heheheh...Penat memasak akan hilang bila tengok makanan yang dihidangkan tinggal pinggan kosong...
Selepas selesai makan tengahari mereka kami bawak pusing2 tengok ikan segar di Beserah.Lepas tu p la melepak di Pantai Sepat...dekat2 dengan rumah ni je.Umi bagi pilihan kat akak ipar nak p mandi kolam kat resort depan rumah tu ke nak mandi pantai.Anak buah nak main air laut..tak mau swim kat kolam renang.So ok lah tu...so Petang Sabtu tu kami pun menuju ke destinasi..
|
Pantai Sepat Yang Tenang |
Kami sampai ke pantai pun tidak lah terlalu awal petang dan tak la terlalu lewat sangat.Dalam pukul 5.30 ptg, keadaan pantai agak redup.Angin yang bertiup fuhhh!!!!sedap rasanya.Suami kakak ipar pula excited tgk view pantai yang mendamaikan ini, tak lepas2 daripada kamera dan tripodnya.Klik sana,klik sini...huh...orang minat pada photografer....begitulah.
Paling seronok tengok gelagat anak2 umi dan anak buah dok main air.
|
Rombongan kami dengan bekalan. |
|
Jannah asyik mengais pasir |
|
|
|
Naufal dan aksinya. |
|
Tiba masanya nak bagi mereka mandi laut.Memula umi ingat tak mau kasi Jannah dan Naufal mandi tapi dua beradik ni bila sebut nak p swim, excited betul...heheheh..Kebetulan pulak nak testing swimming trunk yang baru..Umi beli agak2 je tanpa mengukur badan mereka..Alhamdulillah,kedua2 muat je dengan mereka berdua..Naluri emak lah kata kan..heheheh
Sampai di sana, naufal pada mulanya menangis2 tak mau jejak kaki ke air laut.Puas lak ayah dia memujuk.Naufal ni muka jek nampak mcm brutal tapi manja...bak kata pepatah Maharaja Lawak tu...Muka jek garang..dalam hati ada taman...:-)
Dia ni memula nak berjalan2 di atas pantai dan melawan ombak yang lalu serta menghempas ke atas kaki dia.Tapi bila ombak tu pergi meninggalkan dia berdiri di situ dan makin tenggelam dek pasir yang terhakis mengikut ombak,mula rasa tak seimbang badan..Tu yang membuatkan Naufal mula menangis...Anak manja umi ni..hehehe
|
Naufal dan mula mesra dengan pantai ni |
Bila Naufal dah start mesra alam dengan air laut dan ombak,hmmm payah pulak si ayah nak ajak naik semula ke daratan sampai hari dah mula gelap.Dia masih lagi syok mengulit pasir2 halus bersama kakaknya Jannah.
|
Naufal bersama abg sepupu ,Udin dan kakaknya Jannah |
|
Seronoknya hero umi mengejar ombak.... |
|
Jannah sibuk mengajar Naufal main pasir. |
Melayan anak punya pasal, sedar tak sedar hari dah mula gelap.Dek kerana si Naufal dan Jannah masih belum mau berganjak dari pantai, terpaksa la umi dan ayah mendokong kedua2 nya naik ke tepian.Kami pun beransur dr Pantai Sepat ketika jam menunjukkan pukul 7.00 ptg dengan janji akan dtg lagi ke situ bila ada masa nanti.
No comments:
Post a Comment