Monday, 21 November 2011

Mana adik Naufal???

Sebelum umi terlupa nak juga umi lakarkan kisah ini di sini.Malam tadi umi konon2 baru nak start dengar ceramah motivasi dari Penceramah kegemaran umi Prof Dr Muhaya.Baru jek beli Cd dia kelmarin..Tapi masuk je bilik,bukak laptop and masukkan CD ke dalam CD Drive..mata pun mula berat..Maklumlah keletihan melayan tetamu sejak 2 hari lepas masih belum hilang..hehehe
Ditambah lak dengan sejuknya air-cond dalam bilik tu..Umi pun cari port yang terbaik nak landing...

Oleh kerana nak kan privasi umi pun baringlah di katil single yang sepatutnya menjadi milik Jannah..Tapi Jannah lebih suka berkepit celah ketiak umi ketika tidur, so katil tu jadilah tempat permanent si ayah tidur kalau dia balik..hehehehe.

Baru je mula mendengar ceramah di track 1...mata yang dah sedia ngantuk ni mula terpejam...hehehe..Sebenarnya di sebelah umi tu si adik dah mula bergesel2..memberi signal nak didakap manja untuk tidurkan dia...Umi pun peluk adik..tak lama kemudian dengan umi dengan adik sekali terus terlena..Sedar2 CD umi dah habispun track ke3..hehehe..So selepas tutup laptop, umi pun renggangkan pelukan umi pada badan adik.Tengok dia pun terlentok keletihan tertidur..Umi tengok katil umi hanya ada Jannah yang terlentok,so umi bangun tinggalkan adik di katil bujang tu dan menyambung tidur di sebelah Jannah.

Sedar2 dalam pukul 3 pg,umi jeling ke katil bujang di sebelah , kosong....eh..eh..mana adik pergi??Ermmm pusing2..nampak Jannah je tidur sebelah umi dihujung katil umi.Eh mana adik ea??Umi pun mamai2 rasa kenapa tangan kanan umi mcm berat jek..Ermmm gosok2 lagi mata, toleh ke kanan, molek je hero umi ni tidur siap berdengkur lagi kat atas tangan kanan umi..Huh!!kat sini rupanya hero umi yang comel dan manja ni...ingat dah turun katil pergi mana tadi..Ntah,umi tak perasan bila masa dia turun dari katil single tu dan elok pula boleh naik ke katil yang umi tidur dan terus sambung tidur dia dengan siap berselimut comforter lagi..maklumlah sejuk air-cond....Emphhhh adik..adik....

No comments:

Post a Comment