Monday, 26 September 2011

Sejuk Hati Umi

Mlm ni umi nak mencoret tentang sedikit lagi keletah anak dara umi yang sorang ni..(Setakat ni lah..):-)
Umi rasa bertuah sangat skang dikurniakan ALLAH sepasang cahaya mata yang setakat ni tidak pernah memberi masalah besar kepada umi.Dari lahir sehinggalah sekarang aisya tetap anak yang manja.
Bila dia berumur 3 thn, ayah dia dah start bimbang bila org lain mula hantar anak2 mereka ke TASKA.Ayah dia bimbang kalau-kalau dia tak pandai nak bergaul dengan kawan2 dan yang si ayah paling risau anak org lain dah pandai menulis, anaknya belum.

Akhirnya kami mengambil keputusan untuk menghantar nya ke TASKA di umur 3 1/2 tahun.Dan alhamdulillah setelah meneliti beberapa buah TASKA berdasarkan lokasi dan kos umi decide untuk menghantar aisya ke sebuah TASKA yang agak tersohor di sini.

Alhamdulillah setelah hampir 7 bulan dia berada di TASKA,banyak kemajuan yang umi tengok pada dia.Di umur yang nak cecah 4 thn minggu depan, dia dah lancar membaca ABC,menghafal numbering sampaikan ayat2 ringkas dalam muqaddam pun dia dah boleh hafal.Syukur sangat2.( Tak tau la klu ada anak org lain yang lebih cerdas,namun umi tetap berbangga dgn Aisya)

Malam td dia solat maghrib, syahdu umi tgk dia baca surah lazim.Yang paling best bila dia baca bacaan duduk antara dua sujud.
"Robbifigli,warhamnni,wajburni,warrafaqni,warzuqni,wahdinni,wa'afini,wagfuannih"...adus..sepatah2 dia sebut dengan lancar.

Sejuknya hati umi....

No comments:

Post a Comment