Entri ni sebenarnya dah lama umi nak masukkan tapi asyik terlupa saja...
Alkisahnya bermula dek kerana umi memang selalu mendengar siaran Radio di IKIM.fm..Dimana - mana samada di rumah atau di dalam kereta.Radio ni memang bagus dapat mendidik jiwa kita dengan alunan2 zikir juga lagu-lagu nasyid yang menenangkan.
Begitu juga bila radio ini start buat promotion untuk CD Dhuha ni..si anak dara umi ni mula mendengar.Dari situ lah dia mula menaruh minat nakkan CD ni life dalam keretanya bukan hanya melalui corong radio kereta sahaja.
Si anak dara ni bila umi dah berjanji akan belikan sesuatu akan ditagih sampailah dapat.Pernah sekali dia suarakan pada umi , umi hanya anggukkan kepala sahaja sampai lah suatu hari dia bersuara ,"Umi, bila umi nak belikan kakak CD yang kakak nak tu?"....Baru lah umi teringat semula akan janji umi.hehehe.
Sebenarnya kalau nak beli tu bukan lah susah..Oleh kerana CD ni masih lagi baru maka kenalah beli melalui pengedarnya sebab umi ni tak minat nak pergi cari di mana2 kedai kaset yang besar ke hapa ke...So ringan tangan taip google,search for pengedar.Alhamdulillah...tak lama mencari,umi dapatlah jumpa pengedarnya.
Petang tu jugak umi drive bersama anak2 ke suatu kawasan yang tak pernah pun umi masuk just berpandukan guide melalui telefon sahaja.
Allah permudahkan niat yang baik tu,akhirnya umi dapat membeli CD ini.Sejak dari hari itu dan sehingga kini anak dara umi ni memang tak jemu2 dgn lagu dari dalam CD ini.Sehinggakan kalau ayah dia tukar channel radio lain ,sanggup dia menangis sekuat2 hatinya selagi ayah atau umi tak tukar kepada CD yang dia minat tu.
Sehingga kalau si ayah nak exchange kereta dengan umi, kena mintak kebenaran dia dulu.Biasanya kalau ayat dia untuk tak bg ayah dia guna kereta umi ialah ; " Kereta ayah takde CD Dhuha..kakak tak nak.....
Aduhai......
No comments:
Post a Comment