Tuesday, 6 September 2011

Puasa Ganti dan Puasa Sunat Syawal

Alhamdulillah setelah berakhirnya Ramadhan,maka kita telahpun selesai menjalankan salah satu daripada rukun islam kita.

Namun bagi golongan hawa seperti umi dan teman-teman blogger lain sudah tentu ada juga puasa di bulan Ramadhan yang terpaksa ditinggalkan dek uzur syarie.

So sudah tentu selepas Ramadhan kita dok sibuk pula nak berpuasa untuk mengqada'kan puasa yang telah ditinggalkan pada Ramadhan yang lalu.

Pagi semalam member-member opis umi ni sibuk dok bertanya berkenaan bolehkah kita mengqada' puasa kita yang tertinggal bersekali dengan puasa sunat 6 pada Bulan Syawal?Selama ini umi pun ada juga perasaan tertanya-tanya berkenaan persoalan penggabungan antara puasa qada'(ganti) dengan puasa sunat 6 di bulan Syawal.Kalau diikutkan kata ustazah umi zaman-zaman sekolah dulu, seeloknya tidak digabungkan antara puasa ganti dan puasa sunat kerana hukum melakukan kedua-duanya adalah berbeza.Satu hukumnya jatuh wajib ( Puasa Ganti/Qada') dan suatu jatuh hukum sunat ( Puasa Sunat).Makanya kita wajib lah mendahulukan yang wajib baru disertai yang sunat.Begitu juga keadaan puasa yang hendak kita lakukan ini.So kita hendaklah berpuasa dengan niat untuk qada' puasa yang telah ditinggalkan itu dan setelah selesai barulah kita berpuasa yang sunat pula.

Dan alhamdulillah kata-kata ustazah itu tersemat di hati umi sehingga sekarang.Kebiasaanya umi akan melakukan puasa qada' dulu sehinggalah selesai puasa qada' barulah disambung dengan puasa sunat syawal pula.Ikut pada kesempatan masa la kan ..Apa-apapun kita hendahlah selesaikan hutang kita dulu pada Allah Taala barulah kita berusaha nak tambah pahala pula.

Bagi teman-teman blogger yang masih mempunyai kemusykilan tentang hukum menggabungkan puasa ganti/Qada' dan puasa sunat ini boleh lah melayari blog ustaz Zaharuddin di http://zaharuddin.net.
Insya allah segala kemusykilan teman-teman akan terjawab.

No comments:

Post a Comment