Wednesday, 28 September 2011

Aisya Terkantoi....


aisya kan selalu umi puji dia pandai baca doa la hapa la..ntah cemana smlm tetiba dia terkantoi kat Taska.Asalnya dia buat bising2 ngan member2 la kot.Pas tu ada sorang cikgu dia tu tgk dia mcm takleh dok diam trus panggil sorang2..Kena buli anak ayah tu dek cikgu dia..hehehe..bukan buli menda la,cikgu dia soal jawab doa2 yang biasa ustaz dia ajar dalam kelas KAFA.Mula la gagap2 dia nak jawab..Kecik2 gitu pun dah kena phsyco dek cikgu dia…Umi sampai ptg smlm tgk dia tgh nangis2…Cikgu dia citer la dia takleh baca meaning doa makan yg selalu dia baca ngan kita kat rumah tu…Umi pun heran, kan selalu dia boleh je baca klu kat rumah..umi ckp la…( kira umi pun terkantoi la sbb umi pun tak check klu selalu dia baca tu betul ke salah…heheheh).

Dalam kete nak balik smlm umi tanya dia, dia kata ‘betul la yang kakak baca tu umi, kat rumah kakak boleh baca,kat school jek kakak takleh baca’…Umi tergelak sengsorang dlm kete..

Mlm td, dia asyik sengsangat tgk tv, umi kata ngan dia akak tak teringin ke baca buku yg dlm almari tu?Memula dia buat tak tau jek…tak lama tu dia gi slow2 kat tepi almari,’Umi, kakak nak baca buku la..nnt esok kak lela mesti tanya kakak…”..Umi soh la dia amik.dia pun amik satu ensiklopedia tu dia bukak.Tgk2 gamba pas tu tutp n simpan semula dlm almari..  ‘Umi, kakak dah baca.’Ok lah tu.

Pg tadi umi kejut dia bangun awal sbb hari ni kena mandi n pakai uniform TASKA.Dia bangun punya la awal smpi tido2 kat sofa depan.Sebabnya pg kelmarin dia kena marah ngan umi sbb lambat bangun.Lepas mandi td, dia pakai baju siap2..umi pun siapkan adik mandi ( sbb adik ari ni mood baik nak mandi.Sbb hari ni kena pakai uniform kesukaan dia…)
Umi keluar dr bilik mandi tgk kakak dok ngadap dinding tmpt yg umi tampal doa2 harian tu..Terkumat kamit mulut baca..mcm mghafal pun yer…kelakor tul la kakak ni..Umi tanya, “ kakak buat apa tu?”.Dia pun spontan jawab, “ni nak hafal doa2 ni,nnt kak lela marah kakak lagi hari ni”…kakak..kakak…mudah betul dia ingat klu org ckp..


Monday, 26 September 2011

Sehari di BGRC....

Entri ni maybe tak bnyk gambar leh umi paste kan.Sbb main dalam air takut kamera rosak kena air..hehehe.Rupanya ada kamera yang water proof utk dibawa ke tempat-tempat begini.Kena beli gak la pas ni memandangkan aisya n naufal sukakan air..hehehe
Hajat nak main air kat sini memang membuak2 cuma bila pk kan tiket nye mahal sgt, tu yang dok tangguh2..Nak jadi cerita ada member offer tiket yg ada diskaun..emphhhh apa lagi capai telefon, call husband anddd...confirm Sabtu ni kita p...katanya.
So pagi2 Sabtu tu dah gerak dr rumah ( tak jauh pun dalam 20 min perjalanan..),tp punya excited nak p main air..kaunter tiket bukak pukul 9 pagi (tak silap), kami dah berbaris nak beli tiket..hehehe.
Lepas dapat tiket jek, simpan barang terus la terjun air...heheheh.Mainan yang paling umi dgn ayah suka main ( kebetulan suitable ngan org dewasa ) ni je la...Banyak kali jugak kami pusing main kat area sini. Macam kat Desa Air Water Park jek..

Aisya happy sangat....

Jaie yang penakut air..
Aisya yang dah keletihan main air

Main air punya pasal sampai tak sedar jam dah pukul 6 ptg.Kami balik sampai dah announce taman tema dah nak tutup!!!Mana tidaknya kena layan si Jaie yang start nak main air bila org semua dah nak balik...Anak..anak....

Sejuk Hati Umi

Mlm ni umi nak mencoret tentang sedikit lagi keletah anak dara umi yang sorang ni..(Setakat ni lah..):-)
Umi rasa bertuah sangat skang dikurniakan ALLAH sepasang cahaya mata yang setakat ni tidak pernah memberi masalah besar kepada umi.Dari lahir sehinggalah sekarang aisya tetap anak yang manja.
Bila dia berumur 3 thn, ayah dia dah start bimbang bila org lain mula hantar anak2 mereka ke TASKA.Ayah dia bimbang kalau-kalau dia tak pandai nak bergaul dengan kawan2 dan yang si ayah paling risau anak org lain dah pandai menulis, anaknya belum.

Akhirnya kami mengambil keputusan untuk menghantar nya ke TASKA di umur 3 1/2 tahun.Dan alhamdulillah setelah meneliti beberapa buah TASKA berdasarkan lokasi dan kos umi decide untuk menghantar aisya ke sebuah TASKA yang agak tersohor di sini.

Alhamdulillah setelah hampir 7 bulan dia berada di TASKA,banyak kemajuan yang umi tengok pada dia.Di umur yang nak cecah 4 thn minggu depan, dia dah lancar membaca ABC,menghafal numbering sampaikan ayat2 ringkas dalam muqaddam pun dia dah boleh hafal.Syukur sangat2.( Tak tau la klu ada anak org lain yang lebih cerdas,namun umi tetap berbangga dgn Aisya)

Malam td dia solat maghrib, syahdu umi tgk dia baca surah lazim.Yang paling best bila dia baca bacaan duduk antara dua sujud.
"Robbifigli,warhamnni,wajburni,warrafaqni,warzuqni,wahdinni,wa'afini,wagfuannih"...adus..sepatah2 dia sebut dengan lancar.

Sejuknya hati umi....

Tempat Lahirku

Sambutan Raya Aidilfitri 2011 sememangnya begitu bermakna pada umi.Ini kerana setelah lebih 30 tahun menikmati kehidupan, umi tak pernah tgk di mana tempat lahir umi.
Sejak dari kecil bila org bertanya di mana tempat lahir, umi akan jawab " Saya lahir di Ulu Remis, Johor".Itu pun berdasarkan surat beranak sahaja.Tempat sebenarnya tak pernah pun tgk.
Kalau mak abah pulak bercerita, umi dilahirkan di Ulu Remis, Layang-Layang Johor.Selepas berusia hampir 2 bulan , rezeki abah mendapat tawaran utk masuk ke Rancangan Tanah Felda di Pahang.
Lalu sejak dari hari itu lah abah tak pernah mengunjungi lagi tempat kelahiran umi.Maklumlah kami ni mendatang.Asal usul dari nun jauh di utara Semenanjung.

Alhamdulillah, syukur kepada apa yang ALLAH anugerahkan, umi bertemu jodoh dengan suami yang berasal dari negeri Johor.Namun begitu, walaupun hampir nak masuk 6 thn usia perkahwinan kami, dok selalu balik kg suami di sebelah sana, tak pernah sekali pun umi menjengok tempat kelahiran umi yang katanya berada di dalam daerah Kluang.


Akhirnya raya tahun 2011 , barulah umi berpeluang untuk menjengah semula tempat kelahiran umi.Di ladang Ulu Remis, Layang - Layang , Kluang Johor..
Ni antara photo yang sempat umi ambil ..hehehe.
Of course la berbeza pemandangan dengan keadaan yang dulu kan??Ni pun sebenarnya kebetulan kami melalui kawasan ini kerana nak ke Johor Bharu.Tp tak ikut hi-way .



Ni Ladang tempat abah keje dulu.

Ni Pekan Layang-Layang tahun 2011.Mungkin ada perubahan skt dari dulu...
Plantation ni besar milik Sime Darby.

Allah, Kenapa Aku Dalam Neraka??


Tuhan, kenapa aku masih berada di sini? Bukankah aku dahulu selalu bersedekah di masjid-masjid? Bukankah aku dahulu sentiasa membantu sahabat-sahabatku yang kesusahan? Bukankah aku dahulu sentiasa memberi peringatan kepada sahabat-sahabatku? Kenapa aku masih ada di Neraka-Mu ini?

Tuhan, mana pergi amalan-amalan baik yang aku lakukan dahulu? Tidakkah aku telah menggunakan kudratku untuk jalan dakwah? Oh Tuhan. Dengarlah rintihan aku ini.

(Tiba-tiba)

Tangannya terangkat dan berkata, "Aku dahulu memasukkan duit ke dalam tabung kerana aku inginkan pujian sahabat-sahabatku terutamanya mereka yang berlainan jantina denganku."

Kakinya tiba-tiba bersuara,'aku berjalan pergi berdakwah semata-mata ingin menonjolkan diriku di hadapan orang lain bahawa aku ini seorang yang Alim dan Soleh. Aku ingin manusia melihat betapa aku ini hebat berdakwah dan kaya dengan ilmu agama.'

Mulutnya tiba-tiba menyanggah, 'ah, kau ni. Kononnya mulut kau ini kau gunakan untuk mengingatkan sahabat-sahabat kau, tetapi hakikatnya kau tidak mengamalkannya! Kau suruh orang jauhi zina tetapi kau dengan mudah ber'chit chat' dengan teman-temanmu yang berlainan jantina dan bercakap perkara-perkara yang tidak sepatutnya! Kau suruh orang bersedekah dan berbuat baik, tetapi diri kau? Pernah kau cerminkan diri kau? berapa banyak harta kau yang kau laburkan untuk Akhirat? dan berapa peratus nilai keihklasanmu di dalamnya?

Telinga yang hanya mendengar dari tadi turut tidak melepaskan peluang.'Hey hey, nanti dulu. Kau jangan lupa, telinga kau ni, kau gunakan untuk apa? Ingat tidak pada suatu ketika dahulu, kau menggunakannya untuk mendengar lembut suara si dia yang bukan muhrim mu? Apa kau sudah lupa ketika nafsu kau sudah menewaskan akal dan Iman mu, kau asyik dalam kecintaan kau pada dia yang tidak halal bagimu? Apa kau ingat semua ini bukan dosa? Mana perginya tazkirah yang kau beri dahulu kepada teman-temanmu? Apa yang kau ingatkan mereka? Sudah lupa? Kau mengatakan La Takrabu Zina. Punya kau bersemangat memberi ceramah mengenai bahaya pujuk rayu Syaitan, tetapi mengapa kau yang tertewas dengan pujuk rayu si Durjana tu?

Hati yang kehitam hitaman tiba-tiba mencelah, "itulah kau manusia. Sudah kerugian kau di sini bukan? Bukankah Guru-guru mu sentiasa berpesan, pastikan kau lakukan sesuatu dengan niat yang ikhlas. Bukankah kau sudah tahu benar segala amalan tanpa niat yang ikhlas umpama buih di lautan. Segala kebaikanmu itu habis hancur berkecai. Dahulu bila kau dianugerahkan dengan nikmat yang banyak, kau lupa diri.

Kau sombong! Keihklasanmu lenyap sekelip mata. Syukur mu kian menipis. Bongkak mu kian meninggi. Apa kau sudah lupa hakikatnya kau cuma manusia lemah ciptaan Si Maha Besar? Bukankah sifat sombong hanya milik mutlak Allah? Kau tahu bukan si durjana Iblis dihalau dari Syurga kerana kesombongannya? Si Firauan binasa kerana bongkaknya? Si namrud dihina kerana takburnya? Jadi kenapa kau tidak belajar dari pengajaran ini?

Betapa dirimu rugi hari ini wahai manusia. Andai didunia dahulu kau mengamalkan ilmumu, pasti kau bahagia sekarang. Tetapi, seperti kau tahu, There is no turn Back! Sekarang rasailah azab dari Allah ini bersama - sama dengan kami," kata si iblis dan kaumnya.

Tiba-tiba tersedarku dari mimpi. Astarfirullah. Saat itu, terbayang-bayang difikiranku akan Surah Yassin ayat 65 :

"Pada waktu itu Kami meteraikan mulut mereka (sejurus); dan (memberi peluang kepada) tangan-tangan mereka memberitahu Kami (kesalahan masing-masing), dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa Yang mereka telah usahakan."

Ya Allah, lindungilah kami dari melakukan apa yang Kau larangi dan dekatkanlah kami dengan amalan-amalan yang Kau redhai..

Artikel dipetik dari : ILUVISLAM.COM

Sunday, 25 September 2011

CD Dhuha

Entri ni sebenarnya dah lama umi nak masukkan tapi asyik terlupa saja...


Alkisahnya bermula dek kerana umi memang selalu mendengar siaran Radio di IKIM.fm..Dimana - mana samada di rumah atau di dalam kereta.Radio ni memang bagus dapat mendidik jiwa kita dengan alunan2 zikir juga lagu-lagu nasyid yang menenangkan.
Begitu juga bila radio ini start buat promotion untuk CD Dhuha ni..si anak dara umi ni mula mendengar.Dari situ lah dia mula menaruh minat nakkan CD ni life dalam keretanya bukan hanya melalui corong radio kereta sahaja.

Si anak dara ni bila umi dah berjanji akan belikan sesuatu akan ditagih sampailah dapat.Pernah sekali dia suarakan pada umi , umi hanya anggukkan kepala sahaja sampai lah suatu hari dia bersuara ,"Umi, bila umi nak belikan kakak CD yang kakak nak tu?"....Baru lah umi teringat semula akan janji umi.hehehe.

Sebenarnya kalau nak beli tu bukan lah susah..Oleh kerana CD ni masih lagi baru maka kenalah beli melalui pengedarnya sebab umi ni tak minat nak pergi cari di mana2 kedai kaset yang besar ke hapa ke...So ringan tangan taip google,search for pengedar.Alhamdulillah...tak lama mencari,umi dapatlah jumpa pengedarnya.
Petang tu jugak umi drive bersama anak2 ke suatu kawasan yang tak pernah pun umi masuk just berpandukan guide melalui telefon sahaja.
Allah permudahkan niat yang baik tu,akhirnya umi dapat membeli CD ini.Sejak dari hari itu dan sehingga kini anak dara umi ni memang tak jemu2 dgn lagu dari dalam CD ini.Sehinggakan kalau ayah dia tukar channel radio lain ,sanggup dia menangis sekuat2 hatinya selagi ayah atau umi tak tukar kepada CD yang dia minat tu.
Sehingga kalau si ayah nak exchange kereta dengan umi, kena mintak kebenaran dia dulu.Biasanya kalau ayat dia untuk tak bg ayah dia guna kereta umi ialah ; " Kereta ayah takde CD Dhuha..kakak tak nak.....
Aduhai......

Wednesday, 7 September 2011

Alkisahnya Naufal....

Pagi tadi umi rasa agak pelik pulak tiba-tiba si bujang umi bangun awal dari tidonye..Selalu agaknya bila dia bangun umi ada kat sebelahnya tapi pagi umi baring2 kat ruang tamu rumah lepas solat subuh.

Tak perlu tunggu lama, sbb dia bangun dalam pukul 6 lbh dekat2 pukul 7, umi terus suruh dia mandi sebab kejap lagi nak p school..( bahasa umi untuk anak2 yang nak umi hantar ke Taska sewaktu umi keluar keje).

Rupanya dia bangun bersebab..hehehe...Sbb tak selesa pampers nya berisi..Ok lah tu...Lepas bersilat dalam bilik mandi  ( Naufal ni memang penakut air ), sampai masa nak pakai baju umi dah siapkan baju utk ke sekolah dia.Sehelai seluar jeans dan sehelai kemeja.

Aisshhh...dia start buat perangai..Seboleh2nya taknak pakai baju tu.Umi bukak je butang baju nak sarung ke badan dia,dia menolak manja...'anakkkk....'katanya.Sib baik mood umi ok pagi ni..So umi ambil beg yang selalu dia bawak p school, bukak depan mata dia and suruh dia pilih sendiri baju mana yang dia nak pakai..Owh...dia pandai pilih...nak baju yang T Shirt boleh sarung dari atas sahaja..Tak mau T Shirt berbutang depan kena sarung dari belakang....

Alkisahnya.....patut la selama ini kalau ada baju jenis gitu, bila umi paksa suruh dia pakai, dia akan rela menangis dari pakai...Patut la juga ada sepasang baju Kemeja-T Formula One yang umi pernah belikan suatu masa dulu masih terlipat elok dalam beg sekolah dia dari cuti sebelum raya sehingga ke hari ini...Ini lah rupanya....

                                                    Ini koleksi baju2 rayanya.
Baru lah umi perasan yang umi selalu belikan T Shirt berkolar untuk dia...
                                                    Dan ini.....
So lepas2 ni umi kena beringat la..kena beli banyak baju T-Shirt kolar rather than kemeja T-Shirt..hehehe.Ataupun bila nak habiskan stok baju2 yang lama tu, kalau nak bagi juga Si Naufal pakai kena la butangkan siap2 kot baru leh bagi dia pakai..agaknya lah.....

Tuesday, 6 September 2011

Puasa Ganti dan Puasa Sunat Syawal

Alhamdulillah setelah berakhirnya Ramadhan,maka kita telahpun selesai menjalankan salah satu daripada rukun islam kita.

Namun bagi golongan hawa seperti umi dan teman-teman blogger lain sudah tentu ada juga puasa di bulan Ramadhan yang terpaksa ditinggalkan dek uzur syarie.

So sudah tentu selepas Ramadhan kita dok sibuk pula nak berpuasa untuk mengqada'kan puasa yang telah ditinggalkan pada Ramadhan yang lalu.

Pagi semalam member-member opis umi ni sibuk dok bertanya berkenaan bolehkah kita mengqada' puasa kita yang tertinggal bersekali dengan puasa sunat 6 pada Bulan Syawal?Selama ini umi pun ada juga perasaan tertanya-tanya berkenaan persoalan penggabungan antara puasa qada'(ganti) dengan puasa sunat 6 di bulan Syawal.Kalau diikutkan kata ustazah umi zaman-zaman sekolah dulu, seeloknya tidak digabungkan antara puasa ganti dan puasa sunat kerana hukum melakukan kedua-duanya adalah berbeza.Satu hukumnya jatuh wajib ( Puasa Ganti/Qada') dan suatu jatuh hukum sunat ( Puasa Sunat).Makanya kita wajib lah mendahulukan yang wajib baru disertai yang sunat.Begitu juga keadaan puasa yang hendak kita lakukan ini.So kita hendaklah berpuasa dengan niat untuk qada' puasa yang telah ditinggalkan itu dan setelah selesai barulah kita berpuasa yang sunat pula.

Dan alhamdulillah kata-kata ustazah itu tersemat di hati umi sehingga sekarang.Kebiasaanya umi akan melakukan puasa qada' dulu sehinggalah selesai puasa qada' barulah disambung dengan puasa sunat syawal pula.Ikut pada kesempatan masa la kan ..Apa-apapun kita hendahlah selesaikan hutang kita dulu pada Allah Taala barulah kita berusaha nak tambah pahala pula.

Bagi teman-teman blogger yang masih mempunyai kemusykilan tentang hukum menggabungkan puasa ganti/Qada' dan puasa sunat ini boleh lah melayari blog ustaz Zaharuddin di http://zaharuddin.net.
Insya allah segala kemusykilan teman-teman akan terjawab.

Sambutan Raya Umi

Alhamdulillah akhirnya dapat juga kita melalui Syawal 2011.Umi bersyukur sangat akhirnya dapat melalui Ramadhan dengan tenang untuk tahun kedua melayan karenah putra dan putri tanpa ayah nya di sisi.Cuma tahun ni berbeza dari tahun sebelumnya di mana tahun sebelumnya umi berpuasa, bersahur sendirian tanpa ayah dan anak2.Tahun ni dapat juga umi berpuasa dengan anak2 walaupun dengan kehadiran ayahnya hanya pada hujung minggu sahaja.Mujur juga si anak2 paham akan tuntutan kerja pada masa sekarang..


Sebenarnya umi sejak2 beraya dengan memegang gelaran umi ni yang syok nyer beraya bila tengok si kecil bergaya dengan baju raya masing2.Tu jek..hehehe.Kat sini sempat gak umi nak kandid dua wajah kesayangan umi dengan aksi raya mereka..


 Ni lah Putera umi- Muhammad Auzaie Naufal B Mohd Rizal.

Tahun ni tema famili umi warna purple..Apa lagi bergaya sakan la anak2 berdua ni...


 Ni pulak Puteri umi - Aisya  Marissatul Jannah Bt Mohd Rizal.

Aiseh...umi cari -cari takde lak si kakak nye gambar raya dengan baju tema purple nye.Dek sebab menukar baju je keje nya pagi raya so tak sempat nak snap gampar baju raya.

Ni la adegan pagi raya yang sungguh syahdu buat umi dan keluarga.Acara bersalam-salaman anak beranak didului oleh bonda dengan ayahanda tercinta...

Sesungguhnya sambutan raya kali ini memberi seribu erti dalam hidup umi.