Tuesday, 2 August 2011

Selamat Datang Ramadhan Al-Mubarak

Kepada semua pembaca entri, umi nak ucapkan selamat menyambut bulan ramadhan al-mubarak walaupun agak terlewat sikit..

Tahun ni umi berpuasa seperti tahun2 sebelum2nya bertiga sahaja..Umi dgn hero dan heroin...Seperti biasa suami kerja di luar daerah dan hanya akan berjumpa setiap hujung minggu sahaja.Apa boleh buat kan..dah pun tuntutan kerja zaman sekarang.

So melalui ramadhan dan sahur dengan anak2 kecil ni memang kadang2 mencabar kesabaran umi..tapi bila fikir-fikir semula, kelakar pun iyer tengok gelagat si kakak.

Hari pertama nak puasa, masih sempat bersahur dengan suami sebab keesokan hari nya baru cik suami balik ke tempat kerja.

Apa yang nak umi coretkan di sini ialah gelagat si kakak yang makin besar sudah makin cerdik.Umi bertanya kan dia pada malam pertama ramadhan.

"kakak..esok kita dah start puasa.Kakak nak puasa tak?"Laju je dia menjawab; "Nak.."..Ayah dia pun start lah ceritakan pada dia apa itu puasa.Dengan harapan dia akan paham.Last cerita si ayah, ayah ulang tanya lagi nak ke puasa esok nya.Dia masih dengan yakin menjawab nak puasa.Siap baca niat puasa tu..:-)

keesokan pagi dia pun bangun sahur walaupun hanya dari atas katil.Dapatlah minum susu sebotol..So umi pun menengokkan kesungguhan nya nak berpuasa, siap bagitahu dekat penjaga taska yang dia nak puasa..Bersungguh sungguh si kakak...

Sekali terfikir, betul la kata salah seorang pakar motivasi tersohor di Malaysia yang anak2 kecil ni sehingga umur 6 tahun pemikiran nya ibarat sponge .Akan dapat menyerap apa yang di perkatakan, ajar,diberitahu..

Umi pun bertekad untuk mendidik anak2 umi mengikut cara hidup muslimah sejati insya allah...

No comments:

Post a Comment