Tuesday, 2 August 2011

Kakak dan Kunfu Panda

Cerita nya bermula pada suatu petang minggu.Si ayah nak melayan anak petang2 tak tahu nak buat apa.So kami bawa lah anak2 kami ke salah satu shopping complex di bandar ni.Memang takde plan nak buat apa.Just fikir time tu nak jalan2 meng'usha' dari satu kedai ke satu kedai jek...

Tetapi nak dijadikan cerita, selepas keluar dari parking lot, rupa2nya kami terkeluar ke bahagian yang menemukan kami dengan pintu masuk Golden Screen Cinema.Si kakak dengan adik ni memang kalau di sekolah a.k.a tadika nya memang banyak buat aktiviti outdoor.Jadi acara tengok wayang memang dah jadi satu acara wajib mereka.



Dipendekkan cerita , si kakak memujuk ayah untuk menonton cerita KungFu Panda.Si ayah dek kerana nak melayan, ikut je la masuk panggung.Memang happening la cerita sampai umi sendiri dok tergelak bukan disebabkan cerita tu yang lucu tetapi sebab melihat gelagat si kakak dan adik yang begitu excited dapat tgk cerita tu.

Sehinggalah sekarang, si kakak suruh umi cari CD cerita tu.Melalui rakan sepejabat, dapatlah umi copy cerita KungFu Panda tu and save dekat laptop.Dan sejak hari itu, cerita ini lah peneman dia dan adik kalau umi sibuk buat kerja lain.Pasang je cerita tu, dia dan adik akan khusyuk melayan sampai lah cerita tu tamat.Kadang2 dari pagi hingga ke malam, sampai 4 kali dia ngadap cerita yang sama..

1 comment:

  1. wah..wah..wah.. kecik2 lagi dah belajor g nengok wayang erkkk....huhuh!
    sure lik kg kene bawak cd tuh..huhu!

    ReplyDelete