Mungkin ada para sahabat di luar sana pernah melihat karektor kartun ini.Suatu masa dulu kita pernah lihat kartun "Make A Way For Noddy" di salah satu rangkaian TV di Malaysia ni.Tak lama selepas tu siri kartun ini dah tiada.Umi suka tengok kartun ni bukan apa sebab seingat umi siri kartun ini adalah antara yang pertama jenis ada buble2 ni..( Nak describe pun tak reti maklum lah tak mahir bab2 animasi grafik ni)..
Rupanya dalam tak diam selepas lama siri ni tak kelihatan di kaca tv,ada satu slot kartun ni yang dipublishkan sebagai satu siri belajar bahasa inggeris untuk kanak-kanak.Agaknya sebab kartun nya yang comel kot sebab tu ada siri animasi baru yang betul-betul memberi kesan bagi pembelajaran bahasa inggeris.
Umi kebetulan terjumpa program ni waktu hanging around kat satu shopping complex kat kampung husband dulu.Waktu tu pun umi belum pun ada anak lagi.tapi oleh kerana program ni menarik dan umi rasa sesuai untuk anak-anak umi ( bakal la..time tu..hehehe), so umi pun ambil la..
Memang benar bagus program ni.Bila dah ada anak2,sedari kecil, umi dedahkan mereka dengan CD visual.Umi suka sebab visual nya terang dan jelas jadi anak-anak umi sedari bayi memang suka menonton CD ini.
Apa yang menarik dalam CD ini adalah watak Noddy itu sendiri.Karya penulis terkenal, Enid Blyton yang menggambarkan watak budak lelaki kecil yang baik budi bahasanya, sukakan pengembaraan dan tinggal di Toyland bersama-sama dengan kawan-kawannya.
Imej Noddy yang penuh nilai-nilai murni, selamat dan tidak ganas berbanding kebanyakan watak kartun lain, menjadikan ia sebagai satu 'role model' yang cukup baik untuk kanak-kanak khususnya yang sedang membesar dan mula ingin belajar.
Di dalam pakej yang diterbitkan ini mengandungi koleksi bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang disampaikan secara dwibahasa dalam bahasa Inggeris dan Melayu.
Program ini menyasarkan kanak-kanak yang berumur antara dua hingga lapan tahun supaya pandai berbahasa inggeris melalui kaedah yang menyeronokkan, dengan memfokuskan kepada dunia kanak-kanak serta berasaskan kepada aktiviti yang sesuai untuk tahap mereka.
Mengikut kajian, enam tahun yang pertama dalam dunia kanak-kanak adalah masa yang terbaik untuk mereka belajar tentang tanggapan, nilai-nilai moral, muzik, komputer, pemikiran kreatif, bahasa, serta menulis dan membaca.
Hampir kesemua unsur-unsur penting ini wujud dalam pakej pembelajaran tersebut yang mengandungi 20 cakera padat video (VCD), 20 buku cerita ilustrasi, 20 buku mewarna, buku kosa kata, buku dan CD lagu, serta sebuah buku panduan program untuk ibu bapa dan guru.Itu yang umi tertarik sewaktu mula-mula diperkenalkan dengan Program ini.
Setiap VCD merupakan siri animasi komputer dengan cerita yang menyeronokkan tentang Noddy dan kawan-kawannya.

Anak-anak umi juga berpeluang melatih bahasa Inggeris mereka dengan berinteraksi dengan Dotty dan Spotty serta menyanyi lagu.
Apa yang umi harapkan , program ni dapat lah memberi manfaat buat anak2 umi tu.Seminggu kalau tak tengok Noddy..aduhai....Si adik kalau dah dapat tengok Noddy, suruh tidur pun tak mahu...